Khamis, 14 Julai 2011

Catatan sepanjang BERSIH 2.0

7 Julai 2011, jam 6 petang- Aku bersama abah mula bertolak dari rumah menuju ke Kuala Lumpur yang telah dirancang sebulan lebih. Singgah di Lanchang, mengambil teman kamceng abah, untuk bergerak sekali. Perjalanan yang pada mulanya lancar sedikit terganggu ketika sampai kira-kira 2km dari tol Bentong. Jalan menjadi sesak. Firasat di dalam hati begitu kuat sekali mengatakan ia adalah sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis. Sangkaan aku benar. Polis memeriksa kereta yang melalui penghadang polis satu persatu. Jika ternampak sebarang perkara yang mencurigakan, pihak polis akan meminta kenderaan tersebut bergerak ketepi jalan untuk diperiksa dengan lebih teliti. Sah, kereta kami kena.. Antara sebab nya, kereta buruk 1, dan sebab yang lebih munasabah adalah kami bertiga pakai ketayap atas kepala..woo.. Polis meminta lesen dan i/c abah untuk diperiksa. mungkin ada kesalahan jenayah atau saman trafik yang masih belum dibayar lagi barangkalali.. Dalam pada masa yang sama, seorang polis lain meminta aku membuka bonet kereta untuk membuat pemeriksaan kalau-kalau ade bawak barang-barang yg dilarang. Barang tersebut tentunya sehelai t-shirt kuning yg bertulis bersih. Itulah undang2 baru yang dikeluarkan oleh polis malaysia bermula sebulan yg lepas..kesalahan memakai t-shirt kuning akan ditangkap dan dipenjarakan kerana dakwaan menghasut..tarzan pakai undang2 tu..



Aku  tak sempat untuk membuka beg kerana polis tersebut berbual dengan abah dan akhirnya lupa akan niatnya. Sambil2 bersembang dgn polis tersebut, abah mula menukar topik sambil menyatakan tujuan ke Kuala Lumpur adalah untuk menguruskan pembelian tanah-tanah lot. Memang benar, bukan hanya mereka-reka cerita. Polis tersebut tampak berminat..ternyata abah ku seorang yang bijak, malah tidak menipu..:) polis lupa akan niat awalnya tadi untuk memeriksa beg2 kami walaupun pada hakikatnya kami tidak bimbang kerana beg kami sememangnya tidak mempunyai baju kuning, apatah lagi otak kuning. Kami mesra dengan polis tersebut dan sememangya polis yang bersifat beginilah yang kami hormati dan sayangi. Terima kasih tuan polis.. Kami tau anda terpaksa menjalankan tugas yang tak masuk akal ini atas arahan pihak atasan..

Jumaat, 8 Julai 2011- Pagi tu kami bersujud tilawah di Surau an-Nur, Taman Koperasi Polis, Gombak. Setelah selesai, kami bersiap2 untuk menjemput rombongan Muslimat (exco2 Pas (mak cik2)) Terengganu. Seusai menjemput, aku dan abah berserta P.cik Hamdan terus ke Kuang, Selangor bagi menyelesaikan kerja berkenaan tanah lot. Sekembali dari Kuang, sampai saja ke Tmn Greenwood, azan Zohor berkumandang menandakan solat Jumaat akan bermula. Terus bergegas ke masjid dibimbangi terlewat. Ternyata mimbar khutbah Jumaat pada hari itu digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk memburukkan pemimpin perhimpunan dan mengharamkannya. Perkara yang tak sepatutnya berlaku. Mimbar khutbah menjadi medan politik kerajaan. Pulang ke rumah Long Nipah, beliau mengakui bahawa masjid tersebut sememangnya mempunyai pengaruh BN yang kuat. (padan pun...) Di sebelah petang, aku berkesempatan bertemu dengan Saudara Subky Latif, penulis ruangan kolumnis Men Sana In Corpore Sano dalam Harakah.

Pada sebelah malam, kami berserta Muslimat dari Terengganu pergi ke Markas Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar. Jarak hanya 1km dari rumah Long Nipah. Malam tu dijadualkan akan ada ceramah yang akan disampaikan oleh Pimpinan PR. Antaranya Yb Mohammad Sabu (Mat Sabu), Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akin, Ust. Nik Abduh, CheGu Bard, Ust. Nasaruddin Hasan Tantawi dan ramai lagi. Ternyata Mat Sabu dan Shamsul Iskandar tidak dapat hadir kerana disekat oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur. Begitulah tajuk kesemua akhbar pada hari Jumaat. Walaupun Kuala Lumpur bukanlah kepunyaan bapak Najib yang punya sedangkan majoriti kerusi parlimen di Kuala Lumpur dipegang oleh PR, hanya satu Bn iaitu di Putrajaya. Entah undang-undang mana yang digunakan kerajaan melalui agensinya, polis untuk mengharamkan 91 individu daripada memasuki Kuala Lumpur. Malam tu, ceramah yang disampaikan amat membakar sekali semangat2 pendengar dan hadirin. Terutama Chegu Bard dan Ust. Nasarudin Tantawi. Masih teringat kata-kata Ust. Nasaruddin "gelombang rakyat yang datang ni ibarat air terjun..bila disekat kiri, akan mengalir arah kanan dan bila disekat kanan, akan mengalir arah kiri. Bila disekat kesemua arah,pasti akan pecah juga sekatan tu.." Ternyata ribuan yang membanjiri perkarangan markas tersebut. Ceramah diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh Ust. Nik Abduh dan diumumkan bahawa pada awal pagi nanti akan diadakan qiamulail bagi memohon petunjuk,keampunan dan kekuatan pada Allah supaya perhimpunan esok hari berjalan lancar. Di situ juga, aku bertemu sahabat-sahabat satu institusi.

Sabtu, 9 Julai- Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami lelaki bangun awal hari tu, seawal 5.30 pagi dan berjemaah di masjid tersebut. Ternyata begitu ramai sekali orang luar dan musafir yang bermalam di masjid tersebut. Setelah selesai berjemaah, kami singgah di kedai makan berdekatan. Pekena teh tarik dan roti canai. ternyata pukul 6 setengah pagi sudah penuh dengan pelanggan. Aku mengusik penebar roti canai tu, "hari ni amacam?? biasa nya waktu ni sudah ada orang datang ka? ada rugi ka?" dia pun jawab "aiyo,banyak untung..selalu nya pukul 7.30 baru ada orang datang..itu tipu punya berita..tarak pandai sifir punya kerajaan." hahaha..tergelak aku dan pengunjung lain dengar mamak tu cakap.. Di kedai tu juga aku jumpa orang-orang muda sebaya dengan aku, kebanyakkannya asal dari Terengganu. Rata-ratanya baru sampai pukul 2-3 pagi disebabkan sekatan polis di tol Gombak sepanjang 10km kata orang-orang dari Terengganu ni. Dahsyat polis. Itu dinamakan takde kerja,cari kerja.. Best woo sembang ngan orang ganu ni..aku pun dh terikut2..dok jupe,dok dang..

Pukul 8 pagi, kami bersiap dan bergerak awal kerana dibimbangi ada sekatan jalan ataupun sebarang masalah yang cuba ditimbulkan pihak polis. Kami bergerak ke bandaraya KL dengan menaiki LRT rapidkl dari stesen Gombak. Kami berhenti di stesen Masjid Jamek. Ternyata ramai penumpang rapidkl sama destinasi dengan aku. Kalau tak masjid jamek, KLCC, stadium merdeka atau Pasar Seni.. Turun sahaja ke jalanan dan kawasan masjid jamek, orang sudah ramai di kaki lima. Keadaannya seperti hari-hari biasa, seperti tiada tanda-tanda akan berlakunya perhimpunan pada hari tu. Akan tetapi, bilangan pihak polis tak kurang ramainya, seolah sedang mengawasi untuk menangkap kalau-kalau Osama Bin Laden atau Nordin Mat Top berkeliaran di kawasan tersebut. Tapi kedai banyak tak bukak. Itu pasal orang ramai banyak berkeliaran dan duduk saja di kaki lima. Cuma ada 4 5 kedai makan mamak yang dibuka, dan itupun penuh dengan pengunjung. Camtu jugak dengan kedai 7-eleven.. Pembeli keluar masuk, dan bukankah itu satu keuntungan besar yang diperolehi? Aku pelik, bagaimanakah arahan menutup premis boleh dikeluarkan oleh pihak2 tertentu. Jadi, bila kedai dah ditutup, memang kerugian akan dialami sebab mereka sendiri tak berniaga. Bila rugi, maka kerajaan menyalahkan perhimpunan tersebut menjadi punca sedangkan mereka yang mengarahkan kedai ditutup. 

Aku berjalan seorang diri. Menyusur ke dalam bazar masjid jamek, ada juga kedai-kedai yang dibukak. Ada juga kedai buku, kedai kain baju raya, dan beberapa buah lagi. Tiada sebarang gangguan terhadap perniagaan mereka malah ramai yang membeli. Sampai ke simpang Jalan Tun Abdul Rahman, aku kaget. Pihak polis tak kurang 100 orang berserta Black Maria untuk mengangkut tahanan, lori water cannon dan sebagainya. Seolah-olah, ia seperti zon perang. Mereka menutup pintu jalan ke Dataran Merdeka. Disebabkan tiada kedai yang dibuka, orang ramai terpaksa duduk sahaja di kaki lima. Lantas polis dan gerombolannya datang beramai-ramai ke orang ramai dan meminta orang ramai untuk tidak berkumpul dan bersurai. Mereka (polis) tidak berani untuk bergerak seorang diri. (takut jugak rupanye...haha)

Aku hanya mundar mandir ke hulu ke hilir mencari sesuatu tempat yang boleh diluangkan masa. Letih mencari, aku berehat sebentar dan terserempak dengan kawan-kawan universiti. Borak-borak sebentar, kemudian membawa diri semula. Akhirnya, bertemu sahabat sekelas dan senior, Din dan Fat. Mujur mereka ni tau tempat sesuai untuk pergi iaitu kedai buku. Ternyata kedai buku tersebut tersorok dan tak ramai yang mengetahuinya. Sementara menunggu waktu tengah hari, belek-belek dulu buku yang ada yang berkaitan bidang perguruan.

Setelah sejam berada di situ, kami bercadang untuk beredar. Tiba-tiba, Fathi  mendapat mesej daripada sahabat yang lain yang mengatakan bahawa pihak polis akan menahan sesiapa sahaja terutama anak muda yang membawa beg tanpa banyak soal. Kami mula memikirkan cara, bagaimana untuk menyorok beg yang dibawa walaupun dalam beg kami tiada langsung barang yang berbahaya. Akhirnya kami bercadang untuk menumpangkan beg di kedai buku tersebut dan mujur kakak penjaga kedai tu baik dengan kami. Kami bergerak pantas, menyeberangi jalan Tun Perak untuk ke stadium negara dan masjid negara. Aku berlagak sleperti tiada apa yang berlaku bila ada polis yang memandang. Seolah-olah kami memang untuk berjalan-jalan sahaja. Lalu di depan sebuah restoran, kelihatan penuh dengan pihak polis duk makan-makan..(Tau pun lapar ye..ambik kau..suruh tutup kedai lagi) Kami melalui depan Pejabat Besar Bar Council iaitu Majlis Peguam dan aku lihat sekumpulan peguam seramai 30 orang keluar dan berjalan ke arah Puduraya. Aku dan kawan pusing habis jalan, masuk petaling Street sekali. Keluar dari Petaling Street, terdengar daripada jauh bunyi laungan dan sorakan. Puas memerhati, kumpulan manakah tu? Perkasa atau Patriot? Sangkaanku meleset. Itulah dia lautan rakyat yang menyokong BERSIH. Aku tak pasti apakah nama jalan tersebut, dengan sepanjang 1.5km dan selebar 4 lorong kereta, lautan penyokong Bersih seramai dan seluas itu. Mereka bergerak elok dan langsung tiada provokasi. Melaung-laungkan 'hidup bersih' 'hidup rakyat' 'hidup keadilan' 'tolak kezaliman'. Aku menjadi bertambah semangat. Kemudian, dalam lautan rakyat, muncul Ust. Nasaruddin Hasan Tantawi mengetuai perarakan perhimpunan tersebut. Kami berjalan sambil melaungkan kata-kata semangat. Apa yang paling aku respek dan teruja, perhimpunan ni yang konon-kononya hanya disertai Melayu yang digembar-gemburkan pihak kerajaan dan terutama sekali Perkasa yang terkenal dengan rasisnya, adalah meleset sama sekali. Di hadapan, belakang, kanan dan kiri aku ada Cina dan India. Tak kira lelaki atau perempaun. Bukan tu saja, pelancong Mat Saleh pun teruja dengan merakamkan dan mengambil gambar perarakan tersebut sambil mereka berjalan sekali. Aku berhenti seketika di tepi jalan. Aku mendengar seorang pelancong bertanya kepada salah seorang peserta kenapa berhimpun, dan dia menceritakan segala keadaan sebenar dan apa yang sebenarnya dituntut termasuklah amalan demokrasi di negara ni yang berat sebelah seperti tiada kebebasan media kepada pihak pembangkang. Walaupun aku tak berapa mahir speaking, tapi aku boleh faham. "This is real Malaysia, the shameless democracy" seorang peserta perhimpunan menyampuk. Ada pelancong yang menyertai sekali. Kami berarak sepanjang perjalanan dan menuju ke bangunan Maybank berhadapan dengan Stesen Puduraya.

Di situ, ribuan sudah membanjiri perkarangan bangunan Maybank. Seluruh jalan dipenuhi dengan ribuan rakyat yang menyokong BERSIH. Dr. Hatta Ramli mengepalai himpunan di situ dengan berucap dan menaikkan semangat kami. Di samping itu, tiada sebarang huru hara, provokasi atau kekacauan yang dicetuskan oleh rakyat. Jika ada kenderaan, teksi, motor dan sebagainya ingin menggunakan jalan, maka semua akan memberi kerjasama dengan membuka laluan untuk mereka. Di situ juga aku bertemu semula dengan Akh Nawwar, Farid, dan Faiz. Aku lihat Amirul berada dekat dengan Dr. Hatta Ramli. Aku berada dalam lautan ribuan manusia di hadapan bangunan Maybank. Daripada jauh, aku melihat satu lagi lautan manusia di Jalan Pudu sedang bergerak ke arah kami. Barisan hadapannya memakai baju putih, dan kami semua menyangkakan bahawa ianya adalah kumpulan Perkasa. Rupa-rupanya tidak, aku ternampak ada sehelai baju kuning yang dijulang. Sah, tu jugak penyokong Bersih. Semua bersorak begitu bersemangat kerana bilangan kami nampaknya bertambah walaupun 90% daripada semua penyokong Bersih tidak memakai baju kuning.

Bilangan kami bertambah ramai. Para jurugambar berdaftar ada di mana-mana ceruk tempat. Masing-masing mengambil posisi dan kedudukan yang terbaik bagi mendapatkan lensa dan pemandangan lautan manusia BERSIH. Ada yang memanjat bangunan, ada yang menumpang bilik hotel tinggi yang berdekatan semata-mata ingin mendapatkan gambar yang terbaik. Itu belum dikira kamera atau handphone sendiri yang dibawa oleh penyokong. Terasa ralat kerana tidak dapat merakamkan peristiwa bersejarah ni. Apakan daya,handset murah..

Dalam gegak gempita, daripada jauh terdengar derapan kawat kaki dan bergeraknya sebuah trak besar. Ternyata itu adalah pasukan polis FRU bersama dengan jenteranya iaitu trak water cannon. Mengetuai perjalanan gerombolan tersebut adalah barisan FRU yang siap dengan pakaian khas mereka, boot panjang seolah2 ada simpad, topi merah, penutup muka berserta mata dan penutup mulut untuk menhalang dari terhidu sebarang gas beracun berserta senapang gas pemedih mata setiap seorang (macam game Counter Strike). Ya, memang sah serangan dari gerombolan akan bermula sebentar lagi. Dr. Hatta Ramli meminta semua bertenang. 




Dalam keadaan bertenang, dengan tidak semena-mena, trak merah mula menuju ke arah kami. Ia mula memancutkan laharnya daripada jauh. Ternyata daya pancutan air tersebut memang kuat kerana ia boleh mencapai sejauh 50-100 meter. Sapa-sapa yang duduk di penghujung, pasti merasa. Tapi aku lihat, mereka tenang, tiada perasaan takut-takut, lari lintang pukang dan sebagainya. Mungkin sudah banyak kali menyertai demonstrasi. Bukan tiada yang lari, tapi yang lari tu aku fikir mereka yang pertama kali pergi ke demonstrasi. Seperti yang diberitahu oleh sahabat aku, kebanyakkan yang berhimpun hari tu adalah anak muda, pemuda pemudi dan juga mahasiswa. Tak kurang juga golongan tua, pemimpin2 dan veteran-veteran. Aku akui, aku melihat majoriti yang ada pada hari tu adalah anak muda yang sudah sedar dan bangkit menentang kezaliman. Banyak yang aku tengok, lagaknya seperti mahasiswa, mengendong beg galas, ada yang berkaca mata, berpakaian seperti di alam kampus. Jangan ditanya bagaiman aku boleh tau. Dan yang paling aku kagum, begitu ramai srikandi yang turun. Rata-rata mereka mengenakan tudung labuh dan berniqab. Aku bangga..bangga dengan srikandi-srikandi seperti ni. Mereka tak takut langsung dengan ancaman gas dan sebagainya.

Selepas water cannon dipancutkan, seperti tidak mendatangkan hasil kepada perhimpunan, pihak gerombolan mula menembak peluru canister gas ke arah kami. Peluru yang sememangnya boleh bergerak ke suatu tempat yang jauh ditembak ke arah lautan manusia yang berkumpul. Ternyata gas tersebut memberi kesan yang lebih kuat berbanding water cannon tadi. Gas tersebut berupaya memedihkan mata dan membuatkan penghidunya batuk teruk. Aku merasainya walaupun peluru tu jatuh jauh daripada aku, sisa2 gas tersebut memang  mampu melumpuhkan kekuatan seseorang. Aku tak dapat bayangkan bagaimana orang yang duduk dekat dengan peluru tu jatuh. Mata tiba-tiba pedih, tak boleh dibuka, dan berair. Beberapa orang Muslimah yang turut sama terkena, menjadi lemah. Aku lihat ada yang hampir rebah di sebelah ku, tetapi mujur mereka saling memimpin. Mata kami semua menjadi merah. Aku cuba menahan nafas dan bernafas melalui mulut, mana tahu kurang skit kesannya. Tapi tak...gas tersebut membuatkan aku batuk teruk sehingga aku nak rebah. Tapi aku kuatkan jugak diri dengan memimpin dan dipimpin sahabat lain yang juga terkena sama. Alhamdulillah..ada seorang Muslimat yang menawarkan garam, dan kami semua mengambil sedikit untuk makan supaya meneutralkan semula air liur dan hilangkan batuk kami. Terima kasih srikandi.. Mata masih lagi pedih, mujur ada seorang uncle berbangsa India sedang mencurah air botol, dan aku berkerumun ke situ bagi mendapatkan setadah air untuk membasuh mata. Alhamdulillah..kamu lebih mulia dari si penembak gas tu walaupun kamu bukan saudara seagamaku..


Kepedihan hilang, tetapi mata kami merah menyala seperti baru menangis. Keadaan reda seketika. Ada yang mengesat hidung, membetulkan ikatan di muka dan sebagainya. Kami semua turun semula ke jalan utama iaitu Jalan Pudu untuk bersama-sama yang lain. Sepanjang-panjang jalan Pudu bersebelahan Hentian Puduraya, lautan manusia terus membanjiri dan pancuran water cannon dan gas tadi langsung tidak mematahkan semangat kami semua untuk terus berhimpun dan berarak. Kami berjalan sambil melaungkan "hidup rakyat, hidup bersih, hidup keadilan".. dan kami berpatah, kami jalan semula, kami berpatah kerana sememangnya laluan kami telah dikepung oleh gerombolan topi merah siap dengan senjata dan perisai mereka. 

Seperti dijangka, tembakan water cannon dan gas CS menyerang kami lagi. Aku sudah kehilangan sahabat yang bersama dari mula tadi. Sebahagian cuba mengelakkan diri daripada terhidu gas tersebut dengan cara melarikan diri. sebahagian lagi kukuh di posisi mereka. Yang paling dikagumi, ada sahabat seperjuangan mengutip peluru gas yang sedang ligat memuntahkan isi, dibaling semula ke arah sang penembak tadi. Itu sebenarnya untuk mereka, bukan untuk kita. Ternyata tindakan pejuang tu memang berhasil, segelintir polis yang tidak memakai pelindung muka cuba lari dan mereka tidak dapat mengelak daripada batuk teruk dan mata pedih. Itulah yang kami rasa wahai gerombolan. Bukan kami nak melabelkan anda semua jahat, tetapi setiap tindakan anda boleh ditimbang oleh akal dan belas ihsan anda samada ia zalim atau tidak. Kami tidak mencetuskan sebarang huru-hara mahupun provokasi, tetapi andalah puncanya. Oleh sebab itulah, bukan aku, tapi ramai yang mengelar anda anjing. kerana patuh arahan dan membelakangkan prinsip kemanusiaan dan belas ihsan. Dalam suasana huru hara, masing-masing cuba melarikan diri, aku ternampak kelibat seorang budak belasan tahun atau mungkin lebih, sedang bersolat di atas jalan. Aku kagum. Begitu kuat pemuda ni..dengan gas yang memenuhi udara, digagahkan untuk mendirikan solat Zohor. Allah menjadikan bumi ini masjid, terpulanglah di mana anda ingin bersolat. Solat didirikan berbekalkan keyakinan pada Allah dan rasa benci yang membuak-buak kepada kezaliman yang telah tercetus. Ternyata aku tak mempunyai kekuatan seperti. kuatkanlah aku Ya Allah.. Dalam keseorangan, aku berpaut secara tidak langsung dengan sorang kenalan baru. Dia sama seperti ku. Kehilangan sahabat yang bersama dari mula. Kami membelakangkan latar belakang samada kenal ataupun tidak, yang pasti kami berjuang benda yang sama. Aku dapat kawan baru. Dasuki namanya. Pelajar Darul Quran K.Kubu Bharu. Umur 19 tahun, tapi dari raut wajahnya lebih matang dari aku. Mungkin kerana juzuk-juzuk al-Quran yang ada di dalam ingatannya..

Kami menyelamatkan diri dengan berjalan ke arah sebuah hospital cina swasta Tung Shin. Terletak di atas bukit. Sampai saja di atas bukit,kami ditembak lagi dengas gas CS. Ternyata laporan berita mengatakan polis tidak menembak ke arah hospital, jauh panggang dari api. Peluru gas melayang di depan mata aku. Dasar penipu. Jika rumah sakit, masjid pun kamu tembak, apalah bezanya kamu dengan Israel?? Dengan tidak semena-mena hujan lebat turun. Gas yang ditembak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.. Allah membantu hamba-Nya yang dizalimi. Hujan bermula sejak tembakan gas pertama tadi lagi, tetapi tidak selebat semasa di hospital.. Syukur pada-Mu Ya Allah..


Setelah itu, bermula lah kejaran pihak gerombolan untuk menangkap orang ramai. Orang ramai berlari menyelamtkan diri masuk ke dalam hospital.. Aku dan Dasuki masuk ke dalam hospital dan mencari tandas. Kami seolah-olah sudah lama mengenali kerana Dasuki benar-benar tidak mahu berpisah denganku. Dalam suasana genting seperti itu, perlukan teman dan tidak boleh berseorangan ibarat  "serigala akan membaham kambing seekor yang jauh daripada kumpulannya". Aku mencadangkan kepada Dasuki dirikan solat di hospital ini sahaja. Ya, kami mengambil satu sisi yang agak lapang walaupun suasana dalam hospital tersebut agak sesak. Berimamkan Dasuki, beralaskan lantai hospital, kami bertakbir dan diakhiri rakaat terakhirnya dengan Qunut Nazilah. Mendayu hati aku mendengar suara alunan seorang Hafiz. Orang ramai mula mengikut bersembahyang. Aku bertemu semula dengan sahabat-sahabat yang berpisah tadi. Ada juga jurugmbar non-Muslim yang mengambil gambar sahabat-sahabat lain sedang bersembahyang menunjukkan fitrah bahawa Tuhan adalah selamanya tempat kita bergantung lebih-lebih lagi situasi genting seperti itu.

Bila keadaan seperti sudah reda, ramai yang keluar daripada hospital untuk melihat perkembangan terkini. Masih ramai yang berada di jalan utama iaitu Jalan Pudu yang berhadapan dengan segerombolan polis. Melihat kepada situasi, polis mengajak orang ramai datang dekat dengan mereka untuk berunding, tetapi polis mengkhianatinya dengan mengambil peluang untuk menembak gas dari jarak dekat. Maka berlarilah kami sekali lagi ke hospital dan kami melihat begitu ramai anggota gerombolan sedang mengejar kami. Berbekalkan kabel tape, sesiapa yang lari akan ditangkap dan ditahan. Kata seorang sahabat "polis ni tak ubah seperti anjing..bila kita lari, maka mereka pun akan lagi kejar..kalau kita buat biasa saja,dia takkan apa-apakan kita.." aku melihat ada benarnya apa yang diperkatakan. Aku sendiri mengalami situasi yang sama, mujurlah aku lebih pantas kerana fizikalku yang kecil berbanding polis yang mengejar ku berbadan besar..huhu..kalau tak, makan nasi beriyani rm25 la aku..hahaha

Orang ramai berlari sehingga ke tingkat 3 dan 4 bagi mengelak dari ditahan polis. Setelah 20 minit berlalu, beberapa orang pengawal keselamatan hospital menghampiri dan menyatakan bahawa keadaan sudah reda dan kami boleh beredar kerana pihak polis sudah tiada. Melihat ke arah jalan raya, ternyata sudah berkurangan manusia. Aku memikirkan bahawa perhimpunan sudah berakhir dan aku dan sahabat mengambil keputusan untuk bersurai dengan menaiki LRT. Ternyata LRT di  Puduraya masih belum beroperasi semula setelah perkhidmatannya ditutup sementara atas arahan pihak kerajaan untuk dijadikan modal politik mereka. Mahu tak mahu, kami terpaksa mengagahkan diri berjalan kaki ke KLCC kerana di sana ada stesen LRT dan mana tahu sudah beroperasi. Dalam mengharungi perjalanan, begitu ramai yang menapak bersama dengan kami menuju ke KLCC. Di pertengahan jalan, stesen minyak diserbu pengunjung seperti semut sedang menghurung gula untuk mendapatkan air minuman setelah kebanyakkan premis tak dibuka. Siapa kata kedai tak laku? Siapa kata kedai akan mengalami kerosakan? Itu semua momokan jelik yang dimomokkan kerajaan bagi memburukkan perhimpunan.

Sedang kami meneruskan perjalanan, tiba-tiba 3 buah trak polis yang sarat dengan anggota, dan beberapa biji kereta dan kenderaan polis bergerak laju melalui jalan yang sama dengan arah yang kami tujui. Mereka juga menuju ke KLCC. Dan daripada jauh, ternampak lautan manusia berhimpun di KLCC dan jumlahnya berkali ganda daripada lautan manusia yang aku sertai tadi. Terkejut. Pihak polis sama sekali tidak menjangkakan bahawa kemuncak perhimpunan akan berlaku di sana dan disebabkan itulah mereka bergegas ke sana tanpa menghiraukan kami dalam kelompok yang ramai sedang menuju ke sana. Rupa-rupanya ada gelombang yang lebih besar yang perlu mereka hadapi. Aku begitu teruja. Sahabat mengajak aku masuk ke dalam bangunan KLCC untuk melalui jalan pintas ke tempat berhimpun, ternyata jalan tersebut telah ditutup. Kami terpaksa keluar melalui pintu belakang yang terdapat Tasik KLCC. Alang-alang, kami singgah di Masjid as-Syakirin KLCC untuk bersolat asar. Jemaah penuh ketika itu. Selesai solat Asar, terdengar laungan takbir Allahuakbar bergema sebanyak 3 kali.. Allahuakbar!! Aku merasa sedikit ralat kerana tidak dapat menyertai kemucak perhimpunan di hadapan KLCC tersebut. Maklumat daripada seorang sahabat, himpunan di situ dipimpin dan disampaikan amanat oleh Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dan Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man. 




Setengah jam berlalu, keadaan mula reda. Jalan sudah mula dibuka dan kawasan perhimpunan tadi sudah mula lengang. Hanya ada kelibat beberapa orang polis bersama dengan kuda masing-masing.. Seperti tiada apa yang berlaku.. Orang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar dengan polis tersebut walaupun pada awal tadi, mereka telah dizalimi oleh polis. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ternyata rakyat yang berhimpun tidak mempunyai sebarang dendam terhadap golongan ini.. 

Pukul 6.30 petang, kelihatan teksi-teksi dan kereta sewa sudah mula keluar dari sarangnya.. Perkhidmatan LRT sudah mula beroperasi, dan sememangnya berduyun-duyun menaiki pengangkutan awam tersebut. Bukankah ini suatu keuntungan yang berganda?? Mudah bukan sifirnya.. Walaubagaimanapun, aku bersyukur sangat kerana aku dapat menyertai himpunan BERSIH kali ni.. Sesuatu yang pastinya aku akan pahat dalam hidupku, kenangan berhimpun secara aman bersama ratusan ribu rakyat yang menuntut demokrasi yang adil.. Ini bukan kali terakhir, malah ini adalah permulaan bagi aku untuk terus menyuarakan suara dan hak aku sebagai rakyat selagi demokrasi tak berjalan dengan adil.. Kamu dah mengikut sistem Barat, maka ikut lah sepenuhnya..pesanan buat kerajaan..

p/s: maaf kepada sahabat-sahabat, ayat aku banyak yang tunggang langgang disebabkan terlalu panjang diari BERSIH aku ni..baru berjinak-jinak dunia penulisan..penceritaan ni tak sepuas pengalaman di situasi  sebenar.. 


*transformers pun join Bersih..tak caye??






hahahahaha...

Khamis, 30 Jun 2011

24 Protokol Yahudi untuk menguasai dunia

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”
Protokol Pertama
Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.
Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
Protokol Ketiga
Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.
Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.
Protokol Kelima
Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.
Protokol Keenam
Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.
Protokol Ketujuh
Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.
Protokol Kelapan
Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.
Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.
Protokol Kesepuluh
Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.
Protokol Kesebelas
Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.
Protokol Kedua belas
Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.
Protokol Ketiga belas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.
Protokol Keempat belas
Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.
Protokol Kelima belas
Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.
Protokol Keenam belas
Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.
Protokol Ketujuh belas
Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.
Protokol Kelapan belas
The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi
Protokol Kesembilan belas
Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.
Protokol Kedua puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.
Protokol Kedua puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.
Protokol Kedua puluh dua
Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.
Protokol Kedua puluh tiga
Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.
Protokol Kedua puluh empat
Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petikan di atas adalah ringkasan sebenar protokol yahudi. Untuk membaca penjelasan lengkap mengenai protokol yahudi ini, silalah ke http://www.biblebelievers.org.au/przion1.htm 

Perkara yang ya'hudi suka dan kita pun lakukan

Perkongsian bersama..

Assalamualaikum

Cuba renungkan... .kebenaran e-mail ini....untuk rujukkan kita bersama.
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Ya'hudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh....Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini orang
yang anda kasihi..



-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------


Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)



http://layarminda2.blogspot.com/2010/07/perkongsian-bersama.html?showComment=1309435847393#c8819168592220520442