Isnin, 3 Mac 2014


Tawaran sebagai guru ganti bagi mata pelajaran JQAF selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Paya Ara, Kerdau Temerloh diterima. Biarpun jauh, sekolah dan penghuni-penghuni di sekolah ini lah yang menjadi pengubatku. Bersama anak-anak. Apabila berhadapan dengan anak-anak terutama tahun satu, biarpun dilihat masih kecil, tapi benar-benar menjadikan aku seorang guru dan bapa kepada mereka. Mereka benar-benar memberikan pengalaman kepadaku. Bagaimana untuk menangani anak yang menangis, anak yang nakal langsung tak dengar kata, anak yang pasif, anak yang hyper aktif dan sebagainya. Pengalaman itu benar-benar mendidik aku menjadi seorang ayah kepada mereka. Biarpun kadangkala terasa cemuih dengan karenah, tetapi tak dapat dihalang rasa kasih dan sayang kepada mereka. 

Di sini jugalah aku bertemu semula dengan bekas guru lamaku. Kecik sungguh dunia. Antaranya cikgu Zaimah dan Ustazah Habsah. Aku belajar dengan Cikgu Zaimah semasa aku di Tahun 2 SK Bolok, 16 tahun yang lalu. Ustazah Habsah pula semasa aku di SK Desa Bakti, 15 tahun yang lalu. Dieorang mungkin dah tak ingat aku, tapi aku tak mungkin boleh lupa dieorang. 

Dan di SKPA jugalah, aku dapat rakan-rakan sejawat yang paling sporting. Bak kata sorang kawan, owhsem.. Che Mat, U.Shahril, Cikgu Din, Cikgu Juki, Kak Sha, Cikgu Zaimah, Ustzh Habsah Serendang dan Hamid, Kak Hana, Cikgu Zaman dan ramai lagi, yang membuatkan aku ceria ke sekolah. Boleh dikatakan mereka ini rodong masuk kepala. 

Disebabkan itulah aku benar-benar rasa berat sangat nak tinggalkan sekolah tu. Biarpun jodoh tak panjang, tapi cukup memberkas di hati. 

Sabtu, 28 September 2013

Perginya Seorang Pejuang.. Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak









Tanggal 26 September 2013, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh agama dan politik di Malaysia khususnya di negeri Kedah atas pemergian Mantan Menteri Besar Kedah di bawah kerajaan pimpinan PAS yang lalu, Allahyarham Tan Sri Ustaz Abdul Azizan Bin Razak. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.10 minit pagi. Kematian beliau dikatakan berpunca daripada komplikasi kegagalan jantung dan organ-organ dalaman berfungsi dengan baik. Sebelum daripada itu, beliau telah kehilangan kedua-dua belah kaki nya yang terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang teruk. Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia terutama ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan di dalam PAS, baik rakan Pakatan Rakyat mahupun parti lawan UMNO, dan juga Dun yang diwakilinya, Dun Sg Limau. 

Masih terngiang-ngiang di telinga dan mata saya, berita di tv yang kononnya memaparkan beliau seorang yang baran apabila diajukan soalan. Sememangnya saya sudah masak dengan media pro-kerajaan ini, apa yang mereka perolehi, lain pula yang disajikan kepada penonton, seperti menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan untuk memusingkan cerita dan fakta seolah-olah berita yang disampaikan oleh mereka adalah benar. Anda boleh tipu mereka yang tidak tahu apa-apa, tapi anda tak boleh sorok kebenaran. Lihatlah setelah pemergian Allahyarham Ustaz Azizan, baik kawan mahupun lawan dari UMNO seperti Tun Dr Mahathir dan anaknya, Dato Mukhriz Mahathir tetap memuji dan menyanjung Allahyarham dengan menyatakan bahawa Allahyarham tidak pernah seleweng harta, bagus, mesra dan dihormati. Pelbagai lagi pujian yang diberikan oleh mereka yang digelar lawan dalam gelanggang politik, belum lagi cerita-cerita daripada rakan seperjuangan Allahyarham sendiri. 

Wala bagaimanapun, mari kita berdoa kepada Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa beliau dan menerima segala amalan beliau dan meletakkan beliau bersama-sama dengan orang-orang yang soleh, benar dan maqam yang tinggi. Al-Fatihah.. 

Jumaat, 20 Januari 2012

15 perkara yang menjadi pintu masuk dan keluar syaitan.









15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" Surah Anbiya ayat 87.
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

kerana kulit manusia..



Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand
telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit
(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh
kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang
terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan
musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati
selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa
sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga
kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana".

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih.
Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al
Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya. dan ini merupakan salah satu daripada implikasi ijaz al-Quran.. =)

Kerana Aku Perempuan..



Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu ; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Rasa bertuhan setiap waktu..

Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita

Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya

Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita

Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa

~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

Info menarik..best2..

kebelakangan nie ramai yg komplain dan mengadu sakit dan pening kepala tambahan skrg nie musim busy bg student n pak cik3 kat luar sane sbuk mencari rezeki
terdedah dgn pelbagai faktor sehingga boleh menyebabkan stress dan magrain
disini sy nak ambil kesempatan kongsi tips yg di culik dri fb sape ntah he3 (tak pe dah minta keizinan)

moga-moga dgn perkongsian nie diamalkan bersama
ketahui kelebihan disebalik kejadian ALLAH swt
subhanallah..MAHA SUCI ALLAH
ALLAH 3X,
begitu indah ciptaanNYA, pelbagai rahsia tersirat samada yang kita nampak ataupun tak,
TAHUKAH ANDA?????
lalat merupakan sejenis haiwa yang memiliki racun dn penawar di badannya.
tapi bagaimana pula dengan kita????
sedarkah kita bahawa di badan kita juga terrdapatnya racun dan penawar dan
ALLAH juga telah memberi petanda SYURGA dn NERAKA,
~Sungguh setiap ciptaannYA terkandung tak terkira banyaknye rahsia dan kita dituntut mencarinya
sbb itulAH ALLAH Kurniakan kita mata untuk melihat bukan untuk dipejam
ALLAH kurniakan kita mulut untuk bercakap bukan membisu
ALLAH kurniakan kita telinga untuk mendengar bukan dpekakan dengan hiburan semata
ALLAH kurniakan kita AKAL untuk berfikir bukan dibiarkan kosong tanpa diguna~
dalam surah al-kahfi ayat 109 ALLAH swt berfirman
...katakanlah MUhamad "seandainya lautan dijadikan tinta untuk menulis kalimat-kaliamat tuhanku,
maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai kalimat2 tuhanku, meskipun kami datangkan sebanyak itu pula;"
~apakah yg ingin cube dismpaikn disini~
sungguh rahsianya tersimpan makna yang tersirat
cube LIHAT lihat diri kita, Kita memiliki HIDUNG berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan.
APAKAH KITA SEDAR fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
ADAKAHA SAMA ATAU SEBALIKNYA.jom same2 ita ungkaikan insYaALLAH.
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya,
sebelah KANAN mewakili MATAHARI (mengeluarkan panas )
dan sebelah KIRI mewakili BULAN (mengeluarkan dingin ).
cube buat,
Jika sakit kepala ,
cubalah TUTUP LUBANG HIDUNG SEBELAH KANAN dan BERNAFAS SEBELAH KIRI (jGn tak bernafas pulak nati tak pasal2 jadi arwah) lakukan kira-kira 5 minit dan buat berulang2 , InsyALLAH skit kepala akan sembuh .
Jika anda merasa lelah,
cube TUTUP LUBANG HIDUNG SEBELAH KIRI dan BERNAFAS SEBELAH KANAN. Lakukan ulang-alik . I'ALLAH, anda akan merasakan segar kembali. kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , dan lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
fakta
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin(angin-emosi) Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .(panas-pemarah)
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur,
lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?
AWAS!!! lakukan pencegahan segera.
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah .
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
SELAMAT MENCUBA... sesungguhya segalanya bersandarkan kepada ALLAH SWT..


*Terima kasih kepada yang berkongsi.