Isnin, 22 Ogos 2011

Santai... Kisah seorang mat rempit

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, budak itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak akan mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pakcik boleh begitu yakin, hingga perkataan InsyaAllah pun pakcik tak sebut?"

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ni, buat habis pitih aku jer anto belajor!"

10 tabiat yang menyebabkan kerosakan otak

1-Tidak mengambil sarapan pagi
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Paling koman pun, makan lah roti sekeping dua. Nak sedap sikit, kasi celup ayaq milo..tudia.. Tapi masalah kita la ni, sarapan pagi macam makan tengahari. Dengan roti canai nya, roti tampalnya, nasi lemak teluq mata dan sambal sotong nya.. Itu bukan nak bagi sihat, itu cari penyakit..haha..berapa ribu kalori dalam setiap sambal nasi lemak hangpa tau dak? Dan kalori tu hanya boleh hilang dengan cara berlari sejauh 8km ke atas. Choh, lari 100 m pun dah semput.. 

2-Terlebih makan
-Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Tu la..macam yang dah dibagitau tadi..makan kenyang-kenyang, sampai tak larat nak jalan. Makan macam perut start dari kaki sampai tekak .Pastu sandar kat dinding takpun baring..Bila makan banyak ni yang buat kita ngantuk tu. Macam buka puasa la.

3-Perokok
-Asap rokok akan menyebabkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit nyanyuk, atau dalam loghat Temerloh, dipanggil Alzheimer. Ini memang masalah dari dulu lagi. Tak pernah ada kebaikan pun rokok ni. Tapi setengah orang, katanya boleh hilang ngantuk bagai. Nak syok lagi, ada kata hisap rokok ni nak nampak bagi macho..(haha..macho aku lagi pasai aku tak siap rokok..haha perasan gila) Tapi ada yang setengah perokok tegar, ada yang boleh berhenti dengan mengejut. Member-member aku ramai yang lagu tu.. Aku tabik spring la. Baguih.. Macam dalam iklan duk kata "merokok? mana ada klass.." 

4-Penggunaan gula yang berlebihan
-Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan penyerapan protein dan nutrisi terganggu. Selain daripada itu, ia akan menganggu perkembangan otak yang sihat. Ni satu lagi..selalu yang ambik gula lebih ni orang-orang tua. Tak tau la betul ka tak, pasal duk tengok dalam drama. Lagi satu, perokok. Ada yang setengah perokok, deria rasa dia macam dah kurang. Sebab tu kadang-kadang, kalau nak makan pa, dia mintak gula lebih. Macam member aku duk makan roti canai, deret duk mintak gula isi dalam kuah. Aku duk kata, nak kena kencing manis sungguh la dia ni.

5-Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Antara punca udara tercemar adalah merokok tadi.  Asap tu kajian duk kata 7 kali ganda lagi bahaya kepada bukan perokok. Aih..bahaya balik..haha

6-Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang dan berlebihan akan menyebabkan sel otak kita mati. Ini memang penyakit tak boleh nak kata apa dah. Kalau aku tidoq lebih, mesti duk sakit kepala. Tapi ada orang yang rilek ja..pasai dah jadi rutin depa. Hui,dahsyat sungguh..berjaga sampai 4 5 pagi, pastu tidoq sampai zohor..tak rosak mana pun..cerdik ada lah..haha

7-Menutup muka ketika tidur
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak hang. Ada orang yang biasa, ada orang tak biasa. Yang biasa tu pasal silau lampu member duk pasang nak main PES2011..haha

8-Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan pada sel-sel otak. Kalau golongan pekerja ramai la yang buat macam ni. Kalau golongan student, kebanyakkannya duk tidoq ja..tak sihat katakan..hoho

9-Kurang berimaginasi 
-Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan /keaktifan otak menurun. Imaginasi boleh, tapi jangan melampau sangat. Imaginasi yang bukan-bukan memang masalah. Teringat pulak kat seorang kawan sekolah dulu, imaginasinya kuat betul..macam-macam..haha

10-Jarang berfikir
-Jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. Disebabkan itulah, perbincangan atau diskusi amat digalakkan kerana ia mampu mengalakkan otak kita berfikir. Bukan otak kita je, tapi otak hang pun sama. Memang betul pun kalau kita jarang berfikir, otak jadi beku la..tumpul, dan sebagainya. Bila tak tau sikit, otak tu bukannya nak fikir. Tapi biaq ja..tiru takpun tanya orang ja. Nak lebih advance, search kat Google.. Kalau yang betul-betul tak tau, memang takleh buat apa la.. Sebab tu orang duk kata "pala otak hang" haha

Ahad, 21 Ogos 2011

10 minit yang berharga..

Umurnya 68 tahun.. Tapi pergerakannya tak seperti seorang tua. Masjid, kitab-kitab lama, al-Quran menjadi teman sehariannya.  Itulah tok ayah.. Dia seorang mampu menghabiskan 23 rakaat Tarawih termasuk Witir tanpa bertukar shif. Bukan surah lazim, tapi al-Quran yang dibacanya. (mungkin tu ramai lari kot sebab panjang sangat..hehe..)Kadang-kadang Tarawih yang diimamkannya diselangi tazkirah yang aku namakan "tazkirah 10 minit". Tazkirah nya tak menyentuh dunia luar pun, tapi banyak menyentuh tentang amalan, niat dan diri kita sendiri. Kitab-kitab lama yang menjadi rujukannya..kitab yang biasa dipelajari di pondok-pondok. Universiti-universiti takde belajar kitab ni, mungkin keran silibusnya tidak dibenarkan diajar. jadi usahlah berbangga dengan ilmu yang dipelajari dari universiti (terutama aku) sebab banyak yang kita tak tau dan tak dapat dan hanya boleh dapat dari pengajian di pondok je.. Bila aku dengar peringatan-peringatannya, Allah..banyak sangat perkara yang aku tak tau..banyak soal berkaitan tasawuf yang aku jarang dengar dan tak pernah dengar..istilah itu ini..bagi aku zero dalam kepala otak aku ilmu seperti itu. Walaupun tok ayah bercakap tak formal, hanya santai, dengan loghat kelantannya, tetapi peringatan, input yang disampaikan mencucuk-cucuk. Dia tak belajar tinggi mana pun, hanya sekadar sekolah pondok.. Tapi kemampuan dia menyampaikan ilmu, SubhanAllah..

Kadang-kadang ayat-ayat al-Quran yang dibacakan semasa solat tarawih, dijadikan bahannya untuk memberi peringatan.. Ayat-ayat itu mampu ditafsirkan dan diterjemahkannya lalu dipadankan dengan diri kita sendiri.. Kerdil sangat bila mendengarnya..ilmu-ilmu yang disampaikannya adakala tak pernah terdengar dek telinga aku yang penuh taik ni.. Lagi satu, bila dia baca surah semasa sembahyang, nada yang digunakannya seperti dia memahami maksud ayat al-Quran tu. Sebagai contoh, bila membaca ayat firman ataupun ucapan dari Allah sendiri, dia akan menggunakan nada seperti berdialog. Apabila ayat berbentuk nikmat, ancaman dan sebagainya, dia membacanya mengikut intonasi yang sesuai dengan jenis ayat tersebut.. SubhanAllah.. 

Ramadhan..bagaimana kali ni?

Ramadhan datang lagi buat ke 21 kali nya dalam hidup aku.. Bagaimana agaknya Ramadhan kali ni? Apakah sama seperti tahun-tahun lepas? Kalau sebelum Ramadhan, angan-angan dan semangat jangan kata lah, berkobar-kobar. Aku pasti orang lain punyai semangat yang sama. Tapi apakah ianya dipraktikkan seperti yang dirancang dahulu? Atau sekadar hangat-hangat taik ayam pencen? Kalau amalan yang dilakukan sama persen nye dengan yang dicita-citakan, Alhamdulillah..bersyukur lah kita pada yang empunya kudrat, Allah s.w.t.

Yang ingin dikongsikan disini, mengenai hal kita. Kalau yang benar-benar hargai Ramadhan, Alhamdulillah..kita dapat lihat orang yang betul2 hargai ataupun tak. Kalau dulu, masjid jarang sangat nak pergi, tapi bila munculnya Ramadhan, tiap waktu mesti di masjid. Tarawih seperti amalan wajib tiap malam sehingga malam ke 29@30. Aku bukanlah nak mengatakan orang itu ini tak hargai Ramadhan, tapi aku ingin menceritakan keadaan yang biasa dilihat. Kadang-kadang pelik, seperti tiada maknanya Ramadhan bagi sesetengah orang. "Aku puasa la brader..ade nampak aku makan minum ke??" tapi mengumpat, maki hamun, maksiat jalan.. Bagi yang lakukan tarawih, Alhamdulillah..walaupun hanya 2 @ 4 rakaat, ok lah dari takde langsung.. Tapi bagi yang tak ke masjid langsung, camne? "Mungkin dia buat kat rumah kot.." Tapi bukankah tarawih ni terutama lelaki lebih afdal berjemaah di masjid atau kat mana-mana pun dengan 27 darjat berbanding 1 darjat sembahyang berseorangan? Tugas sapo tu nak menyedarkan?

Aku bukan lah orang yang layak nak nilai orang, sebab aku kadang-kadang ada turun naiknya.. Rasa kesal pun ada sebab Ramadhan yang sebelum ni, kebanyakkan berlalu camtu je..lapar,dahaga,dan lain-lain..Langsung tak hargai dan penuhi Ramadhan tu dengan amalan-amalan yang dianjurkan. Teringat pesan tok imam merangkap tok aku (aku panggil 'ayoh') masa tazkirah tarawih, "Allah nak bagi kita hadiah,nak bagi kita anugerah,nak bagi kita macam-macam lagi dengan Ramadhan ni,tapi kita?? Duk takuk tu jah..wat dono jah..ibarat orang mari rumah kita, bagi salam nak dekat 3 4 kali, tapi kita wat tak tahu jah..sedangkan tetamu tu bawak macam2 buah tangan,hadiah dan sebagainya untuk bagi pada kita.." Allah..memang menusuk betul kata-katanya..aku rasa macam kena penampar bila dengar,walaupun dia tak tuju pada sesiapa, tapi aku kenangkan semula masa yang telah lalu,camtu rasanya aku buat pada tetamu agung, Ramadhan..

Ramadhan lah medan terbaik untuk kita muhasabah diri kita semula..peringatan untuk aku sendiri..berubahlah..masih ada masa untuk kita menghargai Ramadhan ini. Beramallah kamu demi mengharapkan keredaan Allah, jangan mengharapkan pujian, pandangan orang dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan penghisaban daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"