Ahad, 21 Ogos 2011

10 minit yang berharga..

Umurnya 68 tahun.. Tapi pergerakannya tak seperti seorang tua. Masjid, kitab-kitab lama, al-Quran menjadi teman sehariannya.  Itulah tok ayah.. Dia seorang mampu menghabiskan 23 rakaat Tarawih termasuk Witir tanpa bertukar shif. Bukan surah lazim, tapi al-Quran yang dibacanya. (mungkin tu ramai lari kot sebab panjang sangat..hehe..)Kadang-kadang Tarawih yang diimamkannya diselangi tazkirah yang aku namakan "tazkirah 10 minit". Tazkirah nya tak menyentuh dunia luar pun, tapi banyak menyentuh tentang amalan, niat dan diri kita sendiri. Kitab-kitab lama yang menjadi rujukannya..kitab yang biasa dipelajari di pondok-pondok. Universiti-universiti takde belajar kitab ni, mungkin keran silibusnya tidak dibenarkan diajar. jadi usahlah berbangga dengan ilmu yang dipelajari dari universiti (terutama aku) sebab banyak yang kita tak tau dan tak dapat dan hanya boleh dapat dari pengajian di pondok je.. Bila aku dengar peringatan-peringatannya, Allah..banyak sangat perkara yang aku tak tau..banyak soal berkaitan tasawuf yang aku jarang dengar dan tak pernah dengar..istilah itu ini..bagi aku zero dalam kepala otak aku ilmu seperti itu. Walaupun tok ayah bercakap tak formal, hanya santai, dengan loghat kelantannya, tetapi peringatan, input yang disampaikan mencucuk-cucuk. Dia tak belajar tinggi mana pun, hanya sekadar sekolah pondok.. Tapi kemampuan dia menyampaikan ilmu, SubhanAllah..

Kadang-kadang ayat-ayat al-Quran yang dibacakan semasa solat tarawih, dijadikan bahannya untuk memberi peringatan.. Ayat-ayat itu mampu ditafsirkan dan diterjemahkannya lalu dipadankan dengan diri kita sendiri.. Kerdil sangat bila mendengarnya..ilmu-ilmu yang disampaikannya adakala tak pernah terdengar dek telinga aku yang penuh taik ni.. Lagi satu, bila dia baca surah semasa sembahyang, nada yang digunakannya seperti dia memahami maksud ayat al-Quran tu. Sebagai contoh, bila membaca ayat firman ataupun ucapan dari Allah sendiri, dia akan menggunakan nada seperti berdialog. Apabila ayat berbentuk nikmat, ancaman dan sebagainya, dia membacanya mengikut intonasi yang sesuai dengan jenis ayat tersebut.. SubhanAllah.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan