Isnin, 3 Mac 2014


Tawaran sebagai guru ganti bagi mata pelajaran JQAF selama sebulan di Sekolah Kebangsaan Paya Ara, Kerdau Temerloh diterima. Biarpun jauh, sekolah dan penghuni-penghuni di sekolah ini lah yang menjadi pengubatku. Bersama anak-anak. Apabila berhadapan dengan anak-anak terutama tahun satu, biarpun dilihat masih kecil, tapi benar-benar menjadikan aku seorang guru dan bapa kepada mereka. Mereka benar-benar memberikan pengalaman kepadaku. Bagaimana untuk menangani anak yang menangis, anak yang nakal langsung tak dengar kata, anak yang pasif, anak yang hyper aktif dan sebagainya. Pengalaman itu benar-benar mendidik aku menjadi seorang ayah kepada mereka. Biarpun kadangkala terasa cemuih dengan karenah, tetapi tak dapat dihalang rasa kasih dan sayang kepada mereka. 

Di sini jugalah aku bertemu semula dengan bekas guru lamaku. Kecik sungguh dunia. Antaranya cikgu Zaimah dan Ustazah Habsah. Aku belajar dengan Cikgu Zaimah semasa aku di Tahun 2 SK Bolok, 16 tahun yang lalu. Ustazah Habsah pula semasa aku di SK Desa Bakti, 15 tahun yang lalu. Dieorang mungkin dah tak ingat aku, tapi aku tak mungkin boleh lupa dieorang. 

Dan di SKPA jugalah, aku dapat rakan-rakan sejawat yang paling sporting. Bak kata sorang kawan, owhsem.. Che Mat, U.Shahril, Cikgu Din, Cikgu Juki, Kak Sha, Cikgu Zaimah, Ustzh Habsah Serendang dan Hamid, Kak Hana, Cikgu Zaman dan ramai lagi, yang membuatkan aku ceria ke sekolah. Boleh dikatakan mereka ini rodong masuk kepala. 

Disebabkan itulah aku benar-benar rasa berat sangat nak tinggalkan sekolah tu. Biarpun jodoh tak panjang, tapi cukup memberkas di hati.