Jumaat, 20 Januari 2012

15 perkara yang menjadi pintu masuk dan keluar syaitan.









15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min" Surah Anbiya ayat 87.
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

kerana kulit manusia..



Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand
telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit
(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh
kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang
terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan
musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati
selepas itu).

Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa
sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga
kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana".

Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih.
Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al
Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya. dan ini merupakan salah satu daripada implikasi ijaz al-Quran.. =)

Kerana Aku Perempuan..



Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu ; kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Rasa bertuhan setiap waktu..

Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita

Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya

Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita

Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa

~ Ust. Hj. Ashaari Muhammad

Info menarik..best2..

kebelakangan nie ramai yg komplain dan mengadu sakit dan pening kepala tambahan skrg nie musim busy bg student n pak cik3 kat luar sane sbuk mencari rezeki
terdedah dgn pelbagai faktor sehingga boleh menyebabkan stress dan magrain
disini sy nak ambil kesempatan kongsi tips yg di culik dri fb sape ntah he3 (tak pe dah minta keizinan)

moga-moga dgn perkongsian nie diamalkan bersama
ketahui kelebihan disebalik kejadian ALLAH swt
subhanallah..MAHA SUCI ALLAH
ALLAH 3X,
begitu indah ciptaanNYA, pelbagai rahsia tersirat samada yang kita nampak ataupun tak,
TAHUKAH ANDA?????
lalat merupakan sejenis haiwa yang memiliki racun dn penawar di badannya.
tapi bagaimana pula dengan kita????
sedarkah kita bahawa di badan kita juga terrdapatnya racun dan penawar dan
ALLAH juga telah memberi petanda SYURGA dn NERAKA,
~Sungguh setiap ciptaannYA terkandung tak terkira banyaknye rahsia dan kita dituntut mencarinya
sbb itulAH ALLAH Kurniakan kita mata untuk melihat bukan untuk dipejam
ALLAH kurniakan kita mulut untuk bercakap bukan membisu
ALLAH kurniakan kita telinga untuk mendengar bukan dpekakan dengan hiburan semata
ALLAH kurniakan kita AKAL untuk berfikir bukan dibiarkan kosong tanpa diguna~
dalam surah al-kahfi ayat 109 ALLAH swt berfirman
...katakanlah MUhamad "seandainya lautan dijadikan tinta untuk menulis kalimat-kaliamat tuhanku,
maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai kalimat2 tuhanku, meskipun kami datangkan sebanyak itu pula;"
~apakah yg ingin cube dismpaikn disini~
sungguh rahsianya tersimpan makna yang tersirat
cube LIHAT lihat diri kita, Kita memiliki HIDUNG berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan.
APAKAH KITA SEDAR fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
ADAKAHA SAMA ATAU SEBALIKNYA.jom same2 ita ungkaikan insYaALLAH.
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya,
sebelah KANAN mewakili MATAHARI (mengeluarkan panas )
dan sebelah KIRI mewakili BULAN (mengeluarkan dingin ).
cube buat,
Jika sakit kepala ,
cubalah TUTUP LUBANG HIDUNG SEBELAH KANAN dan BERNAFAS SEBELAH KIRI (jGn tak bernafas pulak nati tak pasal2 jadi arwah) lakukan kira-kira 5 minit dan buat berulang2 , InsyALLAH skit kepala akan sembuh .
Jika anda merasa lelah,
cube TUTUP LUBANG HIDUNG SEBELAH KIRI dan BERNAFAS SEBELAH KANAN. Lakukan ulang-alik . I'ALLAH, anda akan merasakan segar kembali. kerana lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , dan lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
fakta
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin(angin-emosi) Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .(panas-pemarah)
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur,
lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?
AWAS!!! lakukan pencegahan segera.
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah .
Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
SELAMAT MENCUBA... sesungguhya segalanya bersandarkan kepada ALLAH SWT..


*Terima kasih kepada yang berkongsi.

Minda Berteraskan Tauhid

Dalam kehidupan, seringkali kita berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan situasi.

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi-situasi tersebut. Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Jika kita hanya menuruti emosi, maka tindakan kita selalunya terburu-buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti. Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan. Jika kita bertenang, mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal, maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata-mata. Gunakanlah akal sebaiknya. Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk?

FirmanNya: "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (As-Syams: 8-10)

Namun, akal manusia pun boleh dikelirukan. Hari ini, masalah akal yang terpesong ini makin teruk. Banyak hal yang disangkakan baik, sebenarnya buruk di sisi agama. Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa, sedangkan ini jelas-jelas dilaknat di sisi Allah. Demikian juga budaya hedonism, ini pun dilarang agama. Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik-baik keputusan adalah menurut akal semata-mata.

Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna, ia tidak dapat lari daripada kesilapan. Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja, rujuklah kepada Al-Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan. Kedua-dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan, sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat. Ramai orang memang sedia maklum hal ini, tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama. Pokoknya, untuk membuat pilihan dalam bertindak, tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja, tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islami yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala.
Maksud saya, apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah, tanyalah kepada diri, "apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini? Jika saya bertindak begini atau begitu, apa kesannya untuk saya di akhirat nanti? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini?" dan lain-lain soalan sepertinya.

Untuk justifikasi yang efektif, kita memang memerlukan ilmu. Lebih banyak yang kita belajar tentang Al-Quran dan As-Sunnah, maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian. Jadi, kita harus belajar, belajar dan belajar tanpa jemu.Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala, segala amalan pasti dirasakan seronok. Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya. Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh. Sebab, kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya, sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya. Sedangkan manusia pula menilai hasil, bukan usaha.
Anda pilihlah, hendak redha manusia atau redha Allah? Bukan saya kata jangan melihat kepada hasil, cumanya, apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah, kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai. Ini resepi tepat untuk stress. Malah, pahala beramal pun mungkin tidak dapat. Oleh itu, bekerjalah habis-habisan kerana Allah, dan berdoalah untuk hasil yang terbaik.Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah, kenikmatan beramal akan terasa, insyaAllah.Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat, jika diniatkan kerana Allah, maka itu adalah ibadah.

Bak kata Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya" (Bukhari dan Muslim) Saya ingin bertanya lagi, adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak-tanduk anda? Jika tidak, itu satu masalah. Sebab, berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa. Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini, paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah, sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita. Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah. Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun. Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah. Bukan pada pandangan manusia. Biarlah apa manusia hendak kata, baik mereka suka atau tidak, yang penting Allah redha kepada kita. Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat, jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi, sebab Allah pasti akan memelihara anda. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu" (Tirmidzi: Hadith ini hasan sahih)
Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa. Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran. Berfikirlah mengikut orientasi keimanan. Saya rasa anda sudah faham maksud saya.

Mudah-mudahan, dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid, urusan kehidupan akan dipermudahkan, jiwa menjadi tenang selalu, kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang-orang yang beroleh kemenangan. Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul, tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia.Wallahu a'lam.

Jom Cuci Hati




Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati…

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 tak sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10. Kekalkan wuduk

11. Bersedekah

12. Belanja orang makan

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14. Berkawan dengan ulama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya

17. Pesan pada orang, jadi baik

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat

semoga kita sama2 dpt mencuba tips2 di atas

Benarkah Wall Facebook adalah signifikasi kepada Wailing Wall Yahudi?


Pendedahan seperti ini bukan suatu perkara yang baru. Cuma muncul  mutakhir ini. Saya akui, sumber asal ini bukanlah daripada saya, hanya seorang hamba Allah yang menghantar mesej ini kepada saya. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu.


Ada sebilangan yang tidak dapat terima, mungkin kerana mesej yang agak ‘pedas’ atau terlalu cermat dalam menerima sumber. Ya, saya akui jika hanya melihat pada fakta ‘picisan’ demikian tanpa membuat penelitian terlebih dahulu boleh dikatakan x berilmiah. Ada sahabat saya mengesyorkan agar dibuat ‘tahqiq’ dan ‘tarjih’ balik sumber. Walaupun agak kesempitan ruang dan masa, saya terima saranan ini, tambahan pula saya telah lama mahu menulis berkenaan dengan hal ini.

Alhamdulillah, berbekalkan dengan sedikit ilmu perbandingan agama (Comparative Religion) yang saya pernah dalami suatu masa dulu di kampus, memberi keyakinan kepada saya dan sahabat-sahabat lain untuk menyebar entri tersebut. Mungkin atas dasar tahu dan mungkin juga kerana ‘thiqah’ kepada saya. Saya tidak nafikan, memang ada yang tidak tahu secara mendalam terhadap agama-agama lain. Agama Yahudi misalnya, terdapat istilah-istilah tertentu yang melibatkan ajaran ataupun ritual agama yang mereka laksanakan. Mereka ada kitab seperti Talmud, Tanakh, Torah dsb. 

Ada mazhab Konservatif, Ortodok, Hasidic dsb. Ada perayaan Yom Kippur, Sabbath, Sukkot dsb. Demikian juga agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dsb (lihat di sini). Bagi orang yang tidak berpeluang mendalami ilmu ini, maka istilah-istilah ini akan kelihatan asing termasuklah dalam istilah Wailing Wall yang saya akui mempunyai hubungan dengan Wall di facebook berikutan kesamaan konsepnya.

Sebenarnya unsur2 illuminati, Yahudi, Zionis dan seangkatan dengan mereka telah lama bersarang dalam dunia teknologi, hiburan, fesyen dan sebagainya. Sahabat-sahabat yang telah melihat The Arrival tentu lebih arif mengenainya. Paling terdekat dengan kita adalah dalam movie atau siri animasi tantonan adik-adik kita (atau kita) di rumah seperti Spongebob, Naruto, Dragonball, Spider-man dan sebagainya. Dalam fasyen juga kita boleh lihat. Simbol ‘M’ bagi perkataan Monster adalah merujuk kepada angka 666 yang merupakan simbol illuminati (syaitan). 


Untuk apa mereka dedahkan (baca: resap) kepada kanak-kanak, tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan supaya anak-anak itu apabila besar kelak, mereka lebih mengenal kebatilan berbanding dengan kebenaran atau lebih tepat lagi Dajjal berbanding dengan Imam Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman. Berhubung dengan isu ini, saya akan cuba kupaskan dalam entri yang khusus.

Berbalik pasal isu facebook, kita semua tahu ia adalah hasil ciptaan Mark Zuckerberg,  seorang penganut Yahudi yang taat. Seawal usia 13, beliau telah menjalani Bar Mitzvah, satu ritual bagi penganut Yahudi sudah mencapai usia yang ditetapkan untuk memegang taklifan sebagai penganut Yahudi. Beliau lahir di New York pada 14 Mei 1984. Tahun 1984 adalah tahun dimana George Orwell menulis dalam bukunya, sebagai deklarasi tahun peperangan untuk menguasai dunia. 


Nama lain dari New York adalah Little Israel (Israel Kecil), karena kota ini menjadi tempat tumbuh subur dan berkembang para Yahudi di AS. Zuckerberg mengoperasikan Facebook di seluruh dunia di sebuah bilik kecil di Harvard, sebuah institusi pendidikan yang dipegang oleh Yahudi. Dan nama Facebook berakar kata dengan Faceit, sebuah kata yang terkenal sebagai proxy Yahudi dalam menguasai dunia (lihat di sini). Apakah ia kebetulan juga?


 Pope Benedict XIV menunjungi Tembok Ratapan di Jerusalem



Apa itu Waliling Wall?

Wailing Wall (Tembok Ratapan) atau nama lainnya Western Wall dan dalam bahasa Hebrew (Yahudi) disebut sebagai Kotel (הכותל המערב) atau Ha-Kotel. The Wall adalah dahulu pernah dikenali sebagai Western Wall (Tembok Barat) dan adakalanya dijoloki dengan Hamaaravi = The Western atau Hadma'ot = the tears.


Tembok Ratapan ini adalah berasal dari binaan kuil besar Yahudi, yang pernah berdiri hampir 500 tahun. Herodes mula membina semula sehingga membentuk sebuah kuil kira-kira 19 SM,  dan jumlah kerja pembinaan tidak berjaya disiapkan sehinggalah lima puluh tahun kemudian. Namun, kuil itu telah dimusnahkan oleh orang-orang Rom hanya beberapa tahun kemudian selepas ia siap dibina, sekitar 70 M. Panjang Tembok ini 57 meter dan ketinggiannya 187 kaki. Strukturnya terdiri daripada batu kapur serta sedikit daripada bahan-bahan yang lain. 


Penganut Yahudi menganggap Tembok Ratapan ini adalah antara tempat yang paling suci kerana di situlah Tuhan menetap di bumi. Berdoa di Tembok Ratapan  menandakan kehadiran Tuhan. Mana-mana penganut agama Yahudi dari seluruh dunia yang berkunjung ke sana untuk berdoa disignifikasikan telah menyampaikan rintihan dan pintaan mereka di ‘telinga Tuhan’. Mereka berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Doa juga boleh disampaikan melalui tulisan-tulisan di atas kertas yang disisipkan pada rekahan yang terdapat pada dinding tersebut yang diistilahkan sebagai Tzetzels


Bagi mereka yang tidak mampu berdoa di tembok tersebut, boleh juga menyampaikan doa mereka melalui Kaddish dan kebiasaannya diberikan upah untuk perkhidmatan ini. Tembok ini dibahagi dua dengan sebuah pagar pemisah (Mechitza) bagi memisahkan lelaki dan perempuan. Penganut Yahudi Ortodoks percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa  bersama-sama dengan kaum perempuan.

Zaman teknologi.. boleh juga guna on-line untuk sampaikan doa kepada The Wall

Golongan cediakawan Yahudi menggunakan pelbagai cara dan medium untum menguasai dunia ini khususnya pada sudut pemikiran mereka. Mudah kata, dalam semua cara tersebut pasti ada unsur-unsur yang terdapat dalam agama mereka (Yahudinisasi). Muslim dan Mukmin yang cerdik tidak akan terperangkap dengan propaganda mereka bahkan sentiasa mencari jalan untuk melawan dan mengalahkan mereka (counter back) melalui senjata yang mereka cipta. Ya, jika tujuan facebook ini untuk meyahudinisasikan pemikiran manusia, maka mengapa kita tidak gunakan untuk mengislamisasikan pemikiran umat manusia seluruhnya. 

Sekali lagi saya tegaskan, Yahudi menjadikan Wailing Wall ini sebagai wadah mereka untuk menyampaikan rintihan, doa, ratapan mereka kepada Tuhan mereka. Di sanalah mereka meluahkan segala perasaan, hajat dan sebagainya moga Tuhan akan mendengar. Konsep tersebut diadptasi dalam Wall Facebook bagi mereka yang menggunakannya untuk tujuan serupa. Justeru, janganlah kita sebagai Muslim yang beriman turut sama menjadikan facebook kita melainkan tujuan yang memberi maslahah kepada Islam. Bukan untuk tujuan membuat maksiat, menyebar fitnah, bercakap keji dan sebagainya.




Satu persolan, jika Wall di Facebook itu disignifikasikan sebagai Wailing Wall (Tembok Ratapan), maka apakah pula signifikasi kepada notification dan aplikasi-aplikasi yang lain? Anda lebih arif jawapannya.


“Maka berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (QS Adz-Dzaariyaat)


p/s: Saya mengalu-alukan sebarang teguran (dengan hikmah) atau pembetulan jika fakta yang saya kemukakan ini tidak tepat atau sebaliknya untuk maslahat bersama..

Wallahu'alam..

Sumber:
http://www.beliefnet.com/Faiths/Judaism/index.aspx
http://www.religionfacts.com/judaism/things/synagogue.htm
http://www.biblewalks.com/Sites/WesternWall.html
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/Judaism/Western_Wall.html
http://atheism.about.com/library/FAQs/christian/blxtn_jerusalem-wailing05.htm?iam=metaresults&terms=off+the+wall
http://www.wisegeek.com/what-is-the-wailing-wall.htm
http://middleeast.about.com/od/w/g/wailing-wall.htm

Harry Potter: Konspirasi Illuminati & Pengaruh Satanisme I


Prakata

Bismillah, di kalangan manusia, tabiatnya ada yang suka membaca tetapi kurang mengkaji, ada pula yang suka mengkaji tetapi kurang analitik, ada juga yang kurang membaca dan mengkaji tetapi lebih bersikap meraikan kajian-kajian pihak lain dan begitulah sebaliknya. Saya lebih gemar mereka gemar membaca, mengkaji dan berfikir secara analitikal terhadap sesuatu isu yang diterima. Bukanlah Allah telah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda ulul albab. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. (Surah Aali-'Imran:190-191) 

Teringat saya akan kebenaran kata-kata yang pernah diungkapkan oleh al-marhum al-syahid Syed Qutb rahimahullah dalam Tafsir Fi Dzilalil Qurannya:


“Janganlah kamu mengikuti sesuatu tanpa berpandukan ilmu yang menyakinkan dan janganlah mengikut sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya.”

Isu IlluminatiFreemasonSatanismeDemonisme dan sewaktu dengannya sudah lama membarah dalam masyarakat kita. Paling terdekat kita boleh melihat sendiri dalam dunia perfileman mutakhir. Cerita-cerita seram tidak pernah putus menjadi santapan masyarakat kita di pawagam-pawagam. Di UM sendiri, ada saturesearch yang menarik berhubung dengan isu satanisme; pengaruhnya dalam insudutri perfileman negara ini. Saya  pernah melihat hasil kajian ini dalam satu pameran kajian-kajian terbaik dari seluruh IPTA beberapa tahun lalu sewaktu menuntut  di UK Malaysia.

Cerita yang disantapkan di pawagam dan juga di television, bahkan bukan sekadar seram semata-mata, malah turut disertakan adegan berahi dan lucah tanpa rasa berdosa sedikit pun pengarah, pelakon serta penerbitnya. Isu pakaian usah cakaplah bagaimana dahsyatnya,  bak kata Ust Azhar Idrus, "bodo".

Yang melihatnya juga mendapat 'saham' sama apatah lagi golongan yang berkuasa mencegah & memfatwa tetapi tetap diam seribu bahasa. Mereka hanya lebih agresif jika melibatkan soal tauliah dan isu keMelayuan berbanding isu-isu seperti ini. Mentaliti halal dan haram terletak pada permitnya bukan pada hukumnya sudah terpateri dalam kepala.




Gambar 'hiasan''


Mana tidak, adegan sebeginilah yang dapat memartabatkan industri perfileman negara ini dan mungkin suatu masa nanti mengatasi filem hollywood (konon). Maka usah pelik jika golongan remaja dan kanak-kanak 'lebih matang' dalam bersosial mutakhir ini. Silap gaya, negara kita akan terkenal dengan pengeluar produk anak luar nikah teramai di dunia.

Dan alhamdulillah, sukacitanya atas permintaan beberapa orang sahabat, saya sajikan sekali lagi (repost) entri berkenaan dengan Harry Potter: Konspirasi Illuminati & Pengaruh SatanismePendedahan ini sebenarnya saya temui sumbernya di laman eramuslim dan setelah dilakukan sedikit proses pengeditan, penterjemahan ke dalam Bahasa Melayu serta dianalisis maklumatnya berdasarkan sumber primer dan sekunder, ia diterima untuk di entrikan pada 13 Oktober 2009, lebih kurang 3 tahun lalu di blog lama saya (sudah direhatkan). Mengenai pautan sumber, sahabat2 boleh klik pada link yang tertera pada entri (perkataan yang warna biru dan bergaris bawah). Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Berbalik kepada tajuk entri, saya pasti, kita semua cukup familiar dengan Harry Potter samada novel atau movie. Asalnya daripada satu novel yang cukup terkenal. Kemudiannya direformasikan metodenya kepada bentuk movie magis fiksyen sehingga tujuh siri dan turut 'merasuk' pawagam-pawagam di negara kita pada tahun-tahun yang lalu, iaitu;







1. Harry Potter and The Philosopher’s Stone yang kemudiannya diubah kepada Harry Potter and The Sorcerer’s Stone (Harry Potter dengan Batu Hikmat) - 2001

2. Harry Potter and The Chamber of Secrets (Harry Potter dan Bilik Rahsia) - 2002

3. Harry Potter and The Prisoner of Azakaban (Harry Potter dengan Banduan Azkaban) -2004

4. Harry Potter and The Goblet of Fire (Harry Potter dalam Piala Api) - 2005

5. Harry Potter and The Order of Pheonix (Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix) -2007

6. Harry Potter and The Half-Blood Prince (Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan) -2009 

7. Harry Potter and The Deathly Hallows (Harry Potter dengan Azimat Maut) -2010



Cerita yang dibintangi oleh tiga remaja iaitu Daniel Radcliffe sebagai Harry PotterRupert Grint sebagai Ron Weasley dan Emma Watson sebagai Hermione Granger ini yang turut digelar "The Handbook of Occult " sebenarnya cuba membawa suatu mesej dan agenda tersendiri yang sememangnya di dalam perancangan pihak-pihak tertentu. Kita adakalanya terlepas pandang di dalam menilai suatu cerita disebabkan pelakon remaja belasan tahun yang mendominasimovie ini. Bagi mereka yang lemah akidahnya khususnya dikalangan yang kurang ilmu pengetahuan menjadi mangsa kepada sihir Harry Potter apatah lagi dikalangan kanak-kanak.


Cerita Harry Potter atau lebih tepat lagi sebuah cerita yang 'bermanhajkan' Handbook of Magic and Occult (lihat di sini ) dan konsep ini diadaptasikan di dalam sistem pembelajaran di Sekolah Hogwards. Hal ini dilihat mempunyai banyak persamaan dengan ritual pemanggilan Dewi Iblis Lilith, isteri kepada Lucifer dan Ibu Baphomet (watak-watak di dalam buku ritual) yang mempunyai simbol dan karakter yang tertentu. 





Jika diamati kesemua novel dan cerita-cerita Harry Potter secara berulang-ulang maka kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah sekadar novel yang biasa seperti novel-novel lain. Hal ini boleh dilihat apabila para pendidik di Amerika Syarikat dan beberapa buah negara termasuk paderi-paderi di gereja melarang anak-anak murid mereka menonton dan membaca cerita Harry Potter ini. Jika non-Muslim lebih awal menyedari akan ‘kegelapan’ yang cuba menyelubungi penggemar cerita ini maka sepatutnya seorang Muslim lebih bersikap berwaspada.

Maret 2000, Carol Rookwood, Guru Besar Sekolah Gereja St Mary's Island di Catham, England, telah mendapat maklumat bahawa rakan-rakannya di Amerika telah melarang seluruh murid mereka dari membaca semua novel Harry Potter dan ketika itu filem Harry Potter yang pertama masih belum diterbitkan ( lihat di sini). Menurutnya : “Semua novel yang dikarang perempuan penulis dari Edinburg itu bertentangan dengan apa yang diajarkan al-Kitab. sedangkan tukang sihir, syaitan, dan iblis semuanya jahat. Tidak ada sihir yang baik!”. (BBC, “School Bans Harry Potter”, 29/3/2000). 


Sikap Rookwood ini bagaimanapun dikecam hebat di dalam The National Secular Society. Ketua “Persatuan Sekular British”, Keith Porteous Wood menyatakan, “Selama berabad-abad, imaginasi anak-anak telah subur bersama kisah-kisah dongeng tentang tukang sihir dan pari-pari. Sikap melarang membaca buku yang sangat popular itu akan sangat merugikan (anak-anak).” Mengenai isu ini, JK. Rowling memberi respond, “Saya tidak terlalu merisaukan kontroversi yang ada mengenai buku saya. Saya hanya menulis sesuatu hal yang sudah ada berabad lalu, pertempuran antara kekuatan kebaikan melawan kekuatan jahat. Pertempuran antara Tuhan dan Syaitan.”

Melihat kepada kondisi masyarakat di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidaklah peka seperti mana di negara-negara Eropah di dalam melihat isu ini sebagai suatu perkara yang besar dan bahaya jika tidak dibendung dengan awal. Samada disebabkan menganggap ianya sebagai suatu perkara yang tidak dapat memberi apa-apa permasalahan kepada akidah umat atau kerana kekurang pengetahuan terhadap simbol-simbol ritual satanic dan mungkin disebabkan adanya pengelibatan ‘tangan-tangan gelap’ yang sentiasa memastikan proses penyebaran mesej tertentu yang dikosmestikkan dengan cerita ahli sihir ini berlaku dengan lancar dan sempurna.



Di Sebalik Nama JK. Rowling

Sebelum diperbahaskan mengenai ‘cerita belakang pentas’ ini, terlebih dahulu kita mengenali pengarang novel Harry Potter ini iaitu JK. Rowling. Nama asalnyaJoanne Rowling ( tanpa diletakkan huruf ‘K’ di tengahnya). Di dalam menerbitkan novel ini, penerbitnya menyarankan agar ditambahkan huruf depan dan disingkat agar kelihatan seolah-olah pengarang ini adalah seorang lelaki. Mereka beranggapan nama perempuan tidak dapat menjamin kepada pemasaran buku itu apatah lagi karya itu sangat berkualiti. Akhinya Rowling memilih nama ‘Kathleen’ sebagai nama yang ditambah di tengah-tengah namanya. Hanya di dalam novel sahaja nama Kathleen diakui namun ianya tidak diakui oleh kerajaan negaranya.



Rowling dilahirkan sebagai anak pertama pasangan Peter dan Ann yang keduanya mantan tentera Angkatan Laut Britain pada 31 Julai 1965 di Chipping Sodbury, 12 mil timur laut Bristol, England. Adiknya, Diana lahir ketika Rowling berusia 1 tahun 11 bulan. Sejak kecil Rowling telah didedahkan dengan suasana membaca bahkan beliau telah menulis satu cerita pendek ketika berusia 5 tahun yang bertajuk ‘Rabbit’. Dari Chipping Sodburry, keluarganya pindah ke daerah Winterbourne ketika Rowling berusia 4 tahun. 


Di tempat yang baru ini, Rowling punya jiran yang bernama Potter dan mereka bersekolah di Sekolah Dasar St. Michael. Pada usia 9 tahun, keluarganya sekali lagi berpindah ke Tutshill, South Wales. Rowling memasuki Sekolah Menengah Wyedean Comprehensive. Setelah lulus dari Wydean, Rowling ingin melanjutkan ke Oxford University namun gagal. Beliau kemudiannya masuk ke Universiti Exeter di England dan mengambil Jurusan Bahasa Perancis selama empat tahun, termasuk mengajar bahasa Inggeris di Paris selama setahun iaitu pada tahun akhir perkuliahan. Tahun 1990 Rowling lulus dan kembali ke England.

Menurut beberapa artikel kisah hidupnya, idea awal dan bab-bab pertama tentang novel Harry Potter muncul begitu saja ketika Rowling tengah berada di dalam kereta api dari Machester menuju London yang ketika itu dia masih gadis di tahun 1990. Karena tidak membawa alat tulis, Rowling menyimpan idea mengenai seorang anak lelaki berkaca mata bulat tersebut di dalam otaknya. Perkataan-perkataan awal novel Harry Potter ditulisnya di dalam flat di Manchester namun baru diselesaikan selepas beberapa tahun kemudian iaitu ketika dia telah berpisah dengan suami pertamanya yang seorang wartawan Portugal dan membawa seorang anak perempuan yang masih sangat kecil bernama Jessica. 


Bersama Jessica, Rowling menjadi Single-Parent dan menumpang hidup di rumah adiknya, Diana, di Edinburg, Scotland. Di Edinburg-lah Rowling menyelesaikan novel Harry Potter pertamanya. Novel itu diberi judul “Harry Poter and The Philosopher’s Stone”, yang diselesaikan dengan sebuah mesin taip usang pada tahun 1995. Namun begitu, persembahan pertamanya kurang menarik sehinggakan ditolak oleh 12 penerbit, namun hanya seorang sahaja yang menerima iaitu Bloomsbury yang bersetuju untuk menerbitkannya. Novel ini kemudiannya meletup di England tahun 1997 dan di Amerika yang diubah judulnya kepada “Harry Potter and The Sorcerer’s Stone” setahun kemudian.



Melihat kepada novel Harry Potter yang begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang, dan ritual okultisme purba seperti Black-Cat, Owl, Jubah Hitam, ‘Minerva’ Mc Goganall, Bolt of Lightning, Ular, Penyapu Terbang, Quidditch, Mirror of Erised, Nicholas Flamel, Unicorn, Sorcere Stone dan pelbagai lagi yang disusun dengan begitu cermat dalam kisah dan pengalaman yang dialami Harry Potter pada masa awal bersekolah di Hogwarts, sukar untuk membayangkan hal itu mampu dihasilkan dari seorang ibu rumah tangga biasa yang selama ini disematkan pada diri JK. Rowling. 


Sudah tidak asing lagi jika sebuah novel sering berlatar belakang kehidupan penulisnya. Misal, John Grisham yang seorang lawyer dikenal sebagai penulis novel-novel ber-setting peristiwa hukum (The Firm), Mario Puzo yang penuh pengalaman dan konflik selama Perang Dunia II dikenal sebagai penulis kisah-kisah mafia (The Godfather), Michael Chrichton yang ahli medik dan ahli biologi dikenal sebagai penulis novel-novel bersetting yang sama (A Case of Need, Five Patients), dan sebagainya.

Dan seorang JK. Rowling yang mampu menulis tujuh novel sangat tebal, yang penuh dengan ritual dan benda sihir, okultisme, simbol-simbol paganis seperti Celtics, Druids, bahkan Kabbalah ( lihat di sini ), yang dikaitkan sedemikian rupa dengan rapi dan kemas, bahkan tujuh siri novelnya ini disebut “The Handbook of Magic” atau “The Handbook of Occult” adalah karena secara terperinci memaparkan segala kaedah peritualan pelbagai sihir, termasuk mantera-manteranya maka tentulah seseorang yang menguasai apa yang ditulisnya, adalah yang paling banyak tahu tentang hal tersebut. 


Dari mana JK. Rowling menguasai selok-belok sihir tersebut? Jawabannya hanyalah dua, iaitu samada disebabkan dua latar belakang kehidupanya. Pertama, kota Edinburg tempat dimana dia tinggal, dan kedua, Universitas Exeter tempat dia menimba ilmu. Kedua tempat itu memang dikenal dekat dengan ilmu sihir, di mana Kabbalah, ritual Osirian Mesir Kuno menjadi sumber utamanya.


*To be countinue..