Jumaat, 20 Januari 2012

Benarkah Wall Facebook adalah signifikasi kepada Wailing Wall Yahudi?


Pendedahan seperti ini bukan suatu perkara yang baru. Cuma muncul  mutakhir ini. Saya akui, sumber asal ini bukanlah daripada saya, hanya seorang hamba Allah yang menghantar mesej ini kepada saya. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu.


Ada sebilangan yang tidak dapat terima, mungkin kerana mesej yang agak ‘pedas’ atau terlalu cermat dalam menerima sumber. Ya, saya akui jika hanya melihat pada fakta ‘picisan’ demikian tanpa membuat penelitian terlebih dahulu boleh dikatakan x berilmiah. Ada sahabat saya mengesyorkan agar dibuat ‘tahqiq’ dan ‘tarjih’ balik sumber. Walaupun agak kesempitan ruang dan masa, saya terima saranan ini, tambahan pula saya telah lama mahu menulis berkenaan dengan hal ini.

Alhamdulillah, berbekalkan dengan sedikit ilmu perbandingan agama (Comparative Religion) yang saya pernah dalami suatu masa dulu di kampus, memberi keyakinan kepada saya dan sahabat-sahabat lain untuk menyebar entri tersebut. Mungkin atas dasar tahu dan mungkin juga kerana ‘thiqah’ kepada saya. Saya tidak nafikan, memang ada yang tidak tahu secara mendalam terhadap agama-agama lain. Agama Yahudi misalnya, terdapat istilah-istilah tertentu yang melibatkan ajaran ataupun ritual agama yang mereka laksanakan. Mereka ada kitab seperti Talmud, Tanakh, Torah dsb. 

Ada mazhab Konservatif, Ortodok, Hasidic dsb. Ada perayaan Yom Kippur, Sabbath, Sukkot dsb. Demikian juga agama Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dsb (lihat di sini). Bagi orang yang tidak berpeluang mendalami ilmu ini, maka istilah-istilah ini akan kelihatan asing termasuklah dalam istilah Wailing Wall yang saya akui mempunyai hubungan dengan Wall di facebook berikutan kesamaan konsepnya.

Sebenarnya unsur2 illuminati, Yahudi, Zionis dan seangkatan dengan mereka telah lama bersarang dalam dunia teknologi, hiburan, fesyen dan sebagainya. Sahabat-sahabat yang telah melihat The Arrival tentu lebih arif mengenainya. Paling terdekat dengan kita adalah dalam movie atau siri animasi tantonan adik-adik kita (atau kita) di rumah seperti Spongebob, Naruto, Dragonball, Spider-man dan sebagainya. Dalam fasyen juga kita boleh lihat. Simbol ‘M’ bagi perkataan Monster adalah merujuk kepada angka 666 yang merupakan simbol illuminati (syaitan). 


Untuk apa mereka dedahkan (baca: resap) kepada kanak-kanak, tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan supaya anak-anak itu apabila besar kelak, mereka lebih mengenal kebatilan berbanding dengan kebenaran atau lebih tepat lagi Dajjal berbanding dengan Imam Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman. Berhubung dengan isu ini, saya akan cuba kupaskan dalam entri yang khusus.

Berbalik pasal isu facebook, kita semua tahu ia adalah hasil ciptaan Mark Zuckerberg,  seorang penganut Yahudi yang taat. Seawal usia 13, beliau telah menjalani Bar Mitzvah, satu ritual bagi penganut Yahudi sudah mencapai usia yang ditetapkan untuk memegang taklifan sebagai penganut Yahudi. Beliau lahir di New York pada 14 Mei 1984. Tahun 1984 adalah tahun dimana George Orwell menulis dalam bukunya, sebagai deklarasi tahun peperangan untuk menguasai dunia. 


Nama lain dari New York adalah Little Israel (Israel Kecil), karena kota ini menjadi tempat tumbuh subur dan berkembang para Yahudi di AS. Zuckerberg mengoperasikan Facebook di seluruh dunia di sebuah bilik kecil di Harvard, sebuah institusi pendidikan yang dipegang oleh Yahudi. Dan nama Facebook berakar kata dengan Faceit, sebuah kata yang terkenal sebagai proxy Yahudi dalam menguasai dunia (lihat di sini). Apakah ia kebetulan juga?


 Pope Benedict XIV menunjungi Tembok Ratapan di Jerusalem



Apa itu Waliling Wall?

Wailing Wall (Tembok Ratapan) atau nama lainnya Western Wall dan dalam bahasa Hebrew (Yahudi) disebut sebagai Kotel (הכותל המערב) atau Ha-Kotel. The Wall adalah dahulu pernah dikenali sebagai Western Wall (Tembok Barat) dan adakalanya dijoloki dengan Hamaaravi = The Western atau Hadma'ot = the tears.


Tembok Ratapan ini adalah berasal dari binaan kuil besar Yahudi, yang pernah berdiri hampir 500 tahun. Herodes mula membina semula sehingga membentuk sebuah kuil kira-kira 19 SM,  dan jumlah kerja pembinaan tidak berjaya disiapkan sehinggalah lima puluh tahun kemudian. Namun, kuil itu telah dimusnahkan oleh orang-orang Rom hanya beberapa tahun kemudian selepas ia siap dibina, sekitar 70 M. Panjang Tembok ini 57 meter dan ketinggiannya 187 kaki. Strukturnya terdiri daripada batu kapur serta sedikit daripada bahan-bahan yang lain. 


Penganut Yahudi menganggap Tembok Ratapan ini adalah antara tempat yang paling suci kerana di situlah Tuhan menetap di bumi. Berdoa di Tembok Ratapan  menandakan kehadiran Tuhan. Mana-mana penganut agama Yahudi dari seluruh dunia yang berkunjung ke sana untuk berdoa disignifikasikan telah menyampaikan rintihan dan pintaan mereka di ‘telinga Tuhan’. Mereka berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Doa juga boleh disampaikan melalui tulisan-tulisan di atas kertas yang disisipkan pada rekahan yang terdapat pada dinding tersebut yang diistilahkan sebagai Tzetzels


Bagi mereka yang tidak mampu berdoa di tembok tersebut, boleh juga menyampaikan doa mereka melalui Kaddish dan kebiasaannya diberikan upah untuk perkhidmatan ini. Tembok ini dibahagi dua dengan sebuah pagar pemisah (Mechitza) bagi memisahkan lelaki dan perempuan. Penganut Yahudi Ortodoks percaya bahawa mereka tidak boleh berdoa  bersama-sama dengan kaum perempuan.

Zaman teknologi.. boleh juga guna on-line untuk sampaikan doa kepada The Wall

Golongan cediakawan Yahudi menggunakan pelbagai cara dan medium untum menguasai dunia ini khususnya pada sudut pemikiran mereka. Mudah kata, dalam semua cara tersebut pasti ada unsur-unsur yang terdapat dalam agama mereka (Yahudinisasi). Muslim dan Mukmin yang cerdik tidak akan terperangkap dengan propaganda mereka bahkan sentiasa mencari jalan untuk melawan dan mengalahkan mereka (counter back) melalui senjata yang mereka cipta. Ya, jika tujuan facebook ini untuk meyahudinisasikan pemikiran manusia, maka mengapa kita tidak gunakan untuk mengislamisasikan pemikiran umat manusia seluruhnya. 

Sekali lagi saya tegaskan, Yahudi menjadikan Wailing Wall ini sebagai wadah mereka untuk menyampaikan rintihan, doa, ratapan mereka kepada Tuhan mereka. Di sanalah mereka meluahkan segala perasaan, hajat dan sebagainya moga Tuhan akan mendengar. Konsep tersebut diadptasi dalam Wall Facebook bagi mereka yang menggunakannya untuk tujuan serupa. Justeru, janganlah kita sebagai Muslim yang beriman turut sama menjadikan facebook kita melainkan tujuan yang memberi maslahah kepada Islam. Bukan untuk tujuan membuat maksiat, menyebar fitnah, bercakap keji dan sebagainya.




Satu persolan, jika Wall di Facebook itu disignifikasikan sebagai Wailing Wall (Tembok Ratapan), maka apakah pula signifikasi kepada notification dan aplikasi-aplikasi yang lain? Anda lebih arif jawapannya.


“Maka berikanlah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman” (QS Adz-Dzaariyaat)


p/s: Saya mengalu-alukan sebarang teguran (dengan hikmah) atau pembetulan jika fakta yang saya kemukakan ini tidak tepat atau sebaliknya untuk maslahat bersama..

Wallahu'alam..

Sumber:
http://www.beliefnet.com/Faiths/Judaism/index.aspx
http://www.religionfacts.com/judaism/things/synagogue.htm
http://www.biblewalks.com/Sites/WesternWall.html
http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/Judaism/Western_Wall.html
http://atheism.about.com/library/FAQs/christian/blxtn_jerusalem-wailing05.htm?iam=metaresults&terms=off+the+wall
http://www.wisegeek.com/what-is-the-wailing-wall.htm
http://middleeast.about.com/od/w/g/wailing-wall.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan