Sabtu, 28 September 2013

Perginya Seorang Pejuang.. Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak









Tanggal 26 September 2013, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang tokoh agama dan politik di Malaysia khususnya di negeri Kedah atas pemergian Mantan Menteri Besar Kedah di bawah kerajaan pimpinan PAS yang lalu, Allahyarham Tan Sri Ustaz Abdul Azizan Bin Razak. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.10 minit pagi. Kematian beliau dikatakan berpunca daripada komplikasi kegagalan jantung dan organ-organ dalaman berfungsi dengan baik. Sebelum daripada itu, beliau telah kehilangan kedua-dua belah kaki nya yang terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang teruk. Ternyata kehilangan beliau sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia terutama ahli keluarga, rakan-rakan seperjuangan di dalam PAS, baik rakan Pakatan Rakyat mahupun parti lawan UMNO, dan juga Dun yang diwakilinya, Dun Sg Limau. 

Masih terngiang-ngiang di telinga dan mata saya, berita di tv yang kononnya memaparkan beliau seorang yang baran apabila diajukan soalan. Sememangnya saya sudah masak dengan media pro-kerajaan ini, apa yang mereka perolehi, lain pula yang disajikan kepada penonton, seperti menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan untuk memusingkan cerita dan fakta seolah-olah berita yang disampaikan oleh mereka adalah benar. Anda boleh tipu mereka yang tidak tahu apa-apa, tapi anda tak boleh sorok kebenaran. Lihatlah setelah pemergian Allahyarham Ustaz Azizan, baik kawan mahupun lawan dari UMNO seperti Tun Dr Mahathir dan anaknya, Dato Mukhriz Mahathir tetap memuji dan menyanjung Allahyarham dengan menyatakan bahawa Allahyarham tidak pernah seleweng harta, bagus, mesra dan dihormati. Pelbagai lagi pujian yang diberikan oleh mereka yang digelar lawan dalam gelanggang politik, belum lagi cerita-cerita daripada rakan seperjuangan Allahyarham sendiri. 

Wala bagaimanapun, mari kita berdoa kepada Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa beliau dan menerima segala amalan beliau dan meletakkan beliau bersama-sama dengan orang-orang yang soleh, benar dan maqam yang tinggi. Al-Fatihah..