Asal cinta milik ALLAH, perginya cinta dengan izin ALLAH, hilangnya cinta kehendak ALLAH, dicintai dan mencintai anugerah ALLAH..Jadi carilah cinta ALLAH..
Selasa, 21 Jun 2011
Isnin, 6 Jun 2011
al-Aqsa dalam bahaya!!
Ketika artikel pendek ini ditulis, pekerja-pekerja Israel sedang sibuk menggali dan memindahkan tulang-tulang dari satu tanah perkuburan lama di mana beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w disemadikan. Walaupun dibantah oleh umat Islam mereka tetap meneruskan pembangunan Museum of Tolerance yang berharga jutaan Dolar. Projek itu dibiayai oleh Simon Wiesenthal Center yang berpusat di Los Angeles. Apa yang lebih menghinakan ialah museum kononnya didedikasikan untuk memupuk persefahaman antara agama!
Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa Masjid al-Aqsa di Palestin berada dalam keadaan yang serba elok, orang tersebut pastinya seorang yang jahil ataupun seorang yang buta huruf! Manakan tidak, semenjak Zionis menguasai masjid tersebut dari tahun 1967 lagi, pelbagai bentuk ancaman dan bahaya dibuat terhadap masjid ketiga suci umat Islam serta qiblat pertama mereka itu. Samada dibakar, dicerobohi, digali dasarnya, dicemari, dihalang pengunjungnya, dikepung, dinajisi dan namakan apa saja pencabulan terhadapnya. Ia semuanya telah berlaku dan berterusan dilakukan terhadapnya oleh pihak rejim Zionis dengan bantuan pihak Zionis Kristian.
Sememmangnya Masjid al-Aqsa menjadi sasaran golongan ekstrimis Yahudi, golongan Zionis dan juga golongan Zionis Kristian yang rata-ratanya terdiri daripada golongan Evangelis. Mereka bercita-cita untuk merobohkannya dan digantikan dengan Haykal (kuil) suci bagi orang-orang Yahudi. Walaupun objektif mereka berbeza, namaun impian mereka sama. Jika orang Yahudi mengimpikan pembinaan kali ketiga kuil suci mereka yang dipanggil HaMikdash sebagai prasyarat untuk kedatangan Messiah, orang Kristian Evangelis pula menjadikan agenda pembinaan Haykal tersebut sebagai prasyarat kedatangan Jesus selepas milenium kedua. bagi mereka, Jesus hanya akan muncul di Baitul Maqdis apabila suasana di sana menjadi suasana sewaktu kemunculannya dahulu. Hakikatnya, kedua-dua golongan ini mengimpikan kehancuran Masjid al-Aqsa dan penggantiannya dengan sebuah binaan bernama Haykal ataupun HaMikdash.
Amat dikesalkan, bahaya yang menantikan al-Aqsa ini tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan sering pula digambarkan sebagai konflik perebutan tanah bagaikan telah mengkaburkan isu masjid ini. Lebih menyedihkan, OIC yang ditubuhkan selepas Masjid al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiri pun di bawah kepimpinan Kuala Lumpur tak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.
Kita umat Islam khususnya di Malaysia, sebilangan daripada kita hanya berdemonstrasi dan mengutuk sekeras-kerasnya bila isu ini menjadi isu tergempar di media-media seperti kapal bantuan Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel dan sebagainya. Apabila berita seperti itu senyap, maka semangat demonstrasi untuk emnentang kekejaman Israel hilang bersama dengan berita tersebut..
(diadaptasi daripada Maszlee Malik)

Akhirnya Mat Sabu menang...
Dalam muktamar Pas baru-baru ni, majoriti para perwakilan Pas memilih Mat Sabu untuk menyandang jawatan Timb. Presiden Pas. Mat Sabu mengalahkan penyandangnya sebelum ni, Ust Nasharudin Mat Isa dan juga seorang tokoh ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi pendapat saya, saya begitu teruja dengan pemilihan ni dan juga kabinet majlis tertinggi Pas yang baru yang mana dilihat dikuasai oleh golongan profesional dan ulama. Dan nampaknya, Presiden Pas sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilihat kembali agresif setelah kebelankangan ni dilihat pasif. Ramai ahli Pas dan juga penyokong rata-rata gembira dengan keputusan ni disebabkan dengan terpilihnya Mat Sabu, maka Pas akan lebih agresif selepas ni..
Kemenangan Mat Sabu ni pastinya akan menyebabkan Umporno BN dan konco2 nya semakin mengelabah dan ketaq lutut. Mana tidaknya, Mat Sabu yang terkenal sebagai ikon pidato dan demonstrasi pasti akan mengegarkan mana-mana temat dengan syarahan beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya umno. Beliau juga menentang habis-habisan akan idea Unity Goverment. Biarpun para penyokong umno ramai yang mencerca beliau dengan mengatakan mulut maki hamun, kaki tibai bini orang dan sebagainya, itu sebenarnya adalah untuk menutup kegelisahan mereka sendiri. Puak-puak umno jugak mengatakan bahawa, Pas sudah menjadi sekular disebabkan para perwakilan tak lagi memilih golongan ulama sebagai peneraju parti. Mai kita pikir sejenak, jika Ust Nasha dan Ust Tuan Ibrahim yang menang kerusi Timb. Presiden, pasti umno tidak akan terlalu gelisah. Kerana apa? Kerana kedua2 calon ni walaupun golongan ulama, tapi mereka dilihat begitu lemah lembut dan tak terlalu tegas seperti tegasnya Mat Sabu. Jika slh seorang dari kedua2 calon tadi menang, Pas dilihat tidak agresif dan ini akan lebih memudahkan kerja umno untuk menyerang Pas dengan mengatakan Pas tiada pendirian, Pas orang suruhan Dap dan Pkr dan sebagainya...
p/s: hanya pendapat peribadi. Kalau sesiapa pun dipilih, kami akan tetap Wala' pada pemimpin yang dipilih...hehe =)

Ahad, 5 Jun 2011
Osama Bin Laden terbunuh...benarkah??
Sebulan yang lepas, kita serta masyarakat dunia khususnya telah digemparkan dengan berita terbunuhnya pengganas nombor 1 dunia dan paling dikehendaki, Osama bin Laden di tangan tentera Amerika Syarikat sendiri. Osama dikatakan telah dibunuh dengan cara ditembak di muka walaupun beliau pada ketika itu tidak mempunyai sebarang senjata. Apa yang memelikkan masyarakat dunia, Osama dikatakan telah bersembunyi di suatu tempat di Pakistan di mana tiada seorang pun rakyat Pakistan mengetahui, malah jiran sekitar rumahnya juga tidak mengetahui akan keberadaan Osama yang tinggal di situ. Malah, kem tentera US yang terletak tidak jauh di situ langsung tidak disedari oleh mereka akan penyembunyian Osama di kawasan tersebut.
Rata-rata ramai penganalisis dan tak kurang jugak masyarakat yang benar-benar mengikuti peristiwa ini, tidak akan terus mempercayai berita ini secara bulat-bulat. Ramai yang menganggap bahawa, ini adalah salah satu lagi propaganda yang dirancang oleh US sendiri untuk menguasai negara Islam. Ada juga berpendapat, propaganda ini dicipta adalah mungkin untuk membunuh 'watak' Osama yang dicipta sendiri oleh Amerika dengan mewujudkan watak yang lebih ganas kepada dunia.
Bagi saya, saya ada beberapa pandangan mengenai isu ini. Yang pertama, apakah individu yang bernama Osama Bin Laden dan kumpulan yang didakwa militan, al-Qaeda benar-benar wujud? Saya merasa dua nama ni sebenarnya langsung tak wujud, tapi diwujudkan oleh Amerika sebagai tiket untuk menyerang negara-negara Islam seperti Afghanistan,Iraq,Pakistan dan lain-lain yang kononnya menjadi sarang atau markas kepada dua nama watak tadi. Dengan cara tu, Amerika dan konco2nya dengan suka hati mereka sebagai kuasa besar dunia dan juga dianggap polis dunia, akan menyerang negara Islam dan secara tak langsung melabelkan Islam itu mengamalkan keganasan. Bermulanya peristiwa 11 September, Islam terus dipandang hina disebabkan konspirasi US sendiri.
Kedua, Osama yang dikatakan telah dibunuh, mayatnya telah ditanam di laut disebabkan bimbang akan berlakunya kejadian tak diingini. Betul ke? Macam tak logik je. Tambahan pulak, tersebar foto seorang lelaki yang mati ditembak di kepala, dan berlatar belakangkan sebijik dengan gambar Osama bin Laden. Dari segi matanya, rambutnya, cara pendarahannya, dan baju yang dipakainya. Gambar tersebut terdapat dalam internet sejak 2 tahun lepas, tetapi telah dibuang oleh pihak Google sejak gambar Osama dibunuh ditayangkan di media-media. Tetapi, laman Twitter telah meng'kantoi;kan gambar lelaki tadi. Ini bermakna, gambar Osama tersebut telah diedit dari gambart tersebut. Maka ramai masyarakat mula berfikir, apakah Osama bin Laden benar-benar telah mati? dan lebih besar lagi,apakah dia benar-benar wujud?? Dengan tersebarnya gambar lelaki terbunuh itu, maka peratusan masyarakat dunia akan lebih mempercayai bahawa Osama masih belum mati adalah tinggi. Jika Osama masih belum mati, tiada pulak sebarang penafian yang dibuat oleh 'al-Qaeda' dengan mengatakan Osama masih hidup. Malah mengiyakannya. Terdapat macam ada sesuatu yang tak kena kat situ..
bagi saya lah, jika benar Osama telah terbunuh, maka dedahkan gambar selain daripada yang serupa dengan gambar lelaki tadi..senang je..dengan cara tu, mungkin akan lebih meyakinkan masyarakat dunia dan juga saya. Jika benar Osama wujud dan telah terbunuh, saya mendoakan dan mengharapkan beliau tergolong dalam golongan orang yang syahid yang mati di jalan Allah s.w.t. walaupun masyarakat dunia menganggapnya pengganas disebabkan propaganda US..hanya Allah yang tahu niat sebenar as-Syahid Osama..Wallahua'lam..
p/s: ini hanyalah pendapat peribadi saya, yang langsung tak mempunyai apa-apa kelulusan tentang penyiasatan atau apa sahaja..hanyalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan...=)

Langgan:
Catatan (Atom)