Isnin, 6 Jun 2011

Akhirnya Mat Sabu menang...

Dalam muktamar Pas baru-baru ni, majoriti para perwakilan Pas memilih Mat Sabu untuk menyandang jawatan Timb. Presiden Pas. Mat Sabu mengalahkan penyandangnya sebelum ni, Ust Nasharudin Mat Isa dan juga seorang tokoh ulama, Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi pendapat saya, saya begitu teruja dengan pemilihan ni dan juga kabinet majlis tertinggi Pas yang baru yang mana dilihat dikuasai oleh golongan profesional dan ulama. Dan nampaknya, Presiden Pas sendiri, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dilihat kembali agresif setelah kebelankangan ni dilihat pasif. Ramai ahli Pas dan juga penyokong rata-rata gembira dengan keputusan ni disebabkan dengan terpilihnya Mat Sabu, maka Pas akan lebih agresif selepas ni..

Kemenangan Mat Sabu ni pastinya akan menyebabkan Umporno BN dan konco2 nya semakin mengelabah dan ketaq lutut. Mana tidaknya, Mat Sabu yang terkenal sebagai ikon pidato dan demonstrasi pasti akan mengegarkan mana-mana temat dengan syarahan beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya umno. Beliau juga menentang habis-habisan akan idea Unity Goverment. Biarpun para penyokong umno ramai yang mencerca beliau dengan mengatakan mulut maki hamun, kaki tibai bini orang dan sebagainya, itu sebenarnya adalah untuk menutup kegelisahan mereka sendiri. Puak-puak umno jugak mengatakan bahawa, Pas sudah menjadi sekular disebabkan para perwakilan tak lagi memilih golongan ulama sebagai peneraju parti. Mai kita pikir sejenak, jika Ust Nasha dan Ust Tuan Ibrahim yang menang kerusi Timb. Presiden, pasti umno tidak akan terlalu gelisah. Kerana apa? Kerana kedua2 calon ni walaupun golongan ulama, tapi mereka dilihat begitu lemah lembut dan tak terlalu tegas seperti tegasnya Mat Sabu. Jika slh seorang dari kedua2 calon tadi menang, Pas dilihat tidak agresif dan ini akan lebih memudahkan kerja umno untuk menyerang Pas dengan mengatakan Pas tiada pendirian, Pas orang suruhan Dap dan Pkr dan sebagainya...

p/s: hanya pendapat peribadi. Kalau sesiapa pun dipilih, kami akan tetap Wala' pada pemimpin yang dipilih...hehe =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan