Selasa, 21 Jun 2011

Antara sahabat, teman dan kawan

Sesetengah orang berpendapat bahawa sahabat, teman dan kawan adalah 3 item yang sama fungsinya dan yang berbeza hanyalah dari sudut ejaan dan sebutan. Bagi sesetengah yang lain pula, yang lebih terkehadapan, mereka percaya bahawa setiap item tersebut adalah mempunyai makna yang berbeza walaupun pada dasarnya, fungsinya adalah sama. Kalau mat saleh, mereka takde pengkelasan kawan-kawan macam kita orang Melayu. Yang mereka ada cuma friend. Tak pernah dengar lagi perkataan friend, frond, fraud (sigmaun fraud ade la).. Aku merasakan memang wujudnya perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini. Bagi aku, kawan adalah seseorang yang hanya dianggap biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang ikatan yang terlalu rapat antara dua individu yang menjalinkan ikatan ‘perkawanan’ itu. Sebagai contoh, kita hanya bertemu sekali sahaja di mana-mana seperti seminar, dan kita menjadi satu group perbincangan. Setelah habis seminar, maka ikatan kawan tersebut seperti berakhir begitu je. Pendek kata, cuma kenal camtu je. Teringat dulu masa sekolah rendah, buku biodata budak2 perempuan kat dalam senarai itemnya mesti ada tulis kawan karib sape, kawan baik sape, kawan jahat pun ade gak..haha


Kalau teman pulak, masyarakat kita banyak menggunakan istilah teman berbanding sahabat. Teman sepermainan, teman belajar, (teman aku p buang hajat..haha), dan sebagainya. Ada jugak teman hidup.. Aku teringat akan situasi kadang2 kawan memerlukan pertolongan kita dengan mengatakan “weh, ko temanlah aku gi jumpa lecturer..aku cuak dol..” Dalam situasi ni, istilah teman itu diibaratkan seperti seorang yang boleh menjaga ataupun sebagai ‘back-up’ (bukan backup striker). Kiranya orang belakang kita yang akan bantu kita. Kadang-kadang teman jugak dianggap tempat untuk meluahkan perasaan seperti kisah cuka,suka dan duka. Tak kurang jugak tempat untuk bertanyakan pendapat.

Sahabat pulak, ha ni item yang paling meluas maknaya dan fungsinya lagi besar berbanding kawan dan jugak teman. Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai teman dan kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa tiga watak dalam satu masa yang sama. Kalau nak gambaran mudah, kita bayangkan para sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w. Kagum bukan.. Betapa besarnya peranan dan ketebalan ukhwah mereka dengan Rasulullah s.a.w. Mereka saling mencintai dan mengasihi antara satu sama lain kerana Allah. Atau perumpamaan masa kini, u jump i jump. Betapa eratnya perhubungan mereka.. Tapi sayangnya, masihkah ada sahabat seperti itu ketika ini?


Aku termenung..ada benarnya kata-kata tu. Memang sukar untuk mencari sahabat masa kini dan yang banyak hanyalah kawan dan jugak teman. Ramai kawan mencari apabila ditimpa masalah dan sebagainya, tetapi apabila senang, selalu dilupakan. Ada yang jenis tak sedar akan kewujudan dan keikhlasan kawan untuk membantu.. Mudah-mudah, semua kenalanku statusnya seperti sahabat dan juga teman. Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan