Ahad, 5 Jun 2011

Osama Bin Laden terbunuh...benarkah??

Sebulan yang lepas, kita serta masyarakat dunia khususnya telah digemparkan dengan berita terbunuhnya pengganas nombor 1 dunia dan paling dikehendaki, Osama bin Laden di tangan tentera Amerika Syarikat sendiri. Osama dikatakan telah dibunuh dengan cara ditembak di muka walaupun beliau pada ketika itu tidak mempunyai sebarang senjata. Apa yang memelikkan masyarakat dunia, Osama dikatakan telah bersembunyi di suatu tempat di Pakistan di mana tiada seorang pun rakyat Pakistan mengetahui, malah jiran sekitar rumahnya juga tidak mengetahui akan keberadaan Osama yang tinggal di situ. Malah, kem tentera US yang terletak tidak jauh di situ langsung tidak disedari oleh mereka akan penyembunyian Osama di kawasan tersebut.

Rata-rata ramai penganalisis dan tak kurang jugak masyarakat yang benar-benar mengikuti peristiwa ini, tidak akan terus mempercayai berita ini secara bulat-bulat. Ramai yang menganggap bahawa, ini adalah salah satu lagi propaganda yang dirancang oleh US sendiri untuk menguasai negara Islam. Ada juga berpendapat, propaganda ini dicipta adalah mungkin untuk membunuh 'watak' Osama yang dicipta sendiri oleh Amerika dengan mewujudkan watak yang lebih ganas kepada dunia.

Bagi saya, saya ada beberapa pandangan mengenai isu ini. Yang pertama, apakah individu yang bernama Osama Bin Laden dan kumpulan yang didakwa militan, al-Qaeda benar-benar wujud?  Saya merasa dua nama ni sebenarnya langsung tak wujud, tapi diwujudkan oleh Amerika sebagai tiket untuk menyerang negara-negara Islam seperti Afghanistan,Iraq,Pakistan dan lain-lain yang kononnya menjadi sarang atau markas kepada dua nama watak tadi. Dengan cara tu, Amerika dan konco2nya dengan suka hati mereka sebagai kuasa besar dunia dan juga dianggap polis dunia, akan menyerang negara Islam dan secara tak langsung melabelkan Islam itu mengamalkan keganasan. Bermulanya peristiwa 11 September, Islam terus dipandang hina disebabkan konspirasi US sendiri.

Kedua, Osama yang dikatakan telah dibunuh, mayatnya telah ditanam di laut disebabkan bimbang akan berlakunya kejadian tak diingini. Betul ke? Macam tak logik je. Tambahan pulak, tersebar foto seorang lelaki yang mati ditembak di kepala, dan berlatar belakangkan sebijik dengan gambar Osama bin Laden. Dari segi matanya, rambutnya, cara pendarahannya, dan baju yang dipakainya. Gambar tersebut terdapat dalam internet sejak 2 tahun lepas, tetapi telah dibuang oleh pihak Google sejak gambar Osama dibunuh ditayangkan di media-media. Tetapi, laman Twitter telah meng'kantoi;kan gambar lelaki tadi. Ini bermakna, gambar Osama tersebut telah diedit dari gambart tersebut. Maka ramai masyarakat mula berfikir, apakah Osama bin Laden benar-benar telah mati? dan lebih besar lagi,apakah dia benar-benar wujud?? Dengan tersebarnya gambar lelaki terbunuh itu, maka peratusan masyarakat dunia akan lebih mempercayai bahawa Osama masih belum mati adalah tinggi. Jika Osama masih belum mati, tiada pulak sebarang penafian yang dibuat oleh  'al-Qaeda' dengan mengatakan Osama masih hidup. Malah mengiyakannya. Terdapat macam ada sesuatu yang tak kena kat situ..

bagi saya lah, jika benar Osama telah terbunuh, maka dedahkan gambar selain daripada yang serupa dengan gambar lelaki tadi..senang je..dengan cara tu, mungkin akan lebih meyakinkan masyarakat dunia dan juga saya. Jika benar Osama wujud dan telah terbunuh, saya mendoakan dan mengharapkan beliau tergolong dalam golongan orang yang syahid yang mati di jalan Allah s.w.t. walaupun masyarakat dunia menganggapnya pengganas disebabkan propaganda US..hanya Allah yang tahu niat sebenar as-Syahid Osama..Wallahua'lam..

p/s: ini hanyalah pendapat peribadi saya, yang langsung tak mempunyai apa-apa kelulusan tentang penyiasatan atau apa sahaja..hanyalah berdasarkan pemerhatian dan pembacaan...=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan