Khamis, 23 Jun 2011

Nota Hati Seorang Lelaki


Nota hati seorang lelaki..ternyata buku ni memang banyak menyedarkan aku dan membuatkan aku merenungkan kembali apakah peranan dan tugas aku yang sebenarnya sebagai seorang lelaki, anak, dai'e, bakal suami dan juga bakal seorang ayah.. Ia lebih berkisarkan tentang apa yang dialami oleh penulis sendiri, dan pandangannya tentang sesuatu.

Walaupun dari segi tajuknya seperti hanya tertumpu pada satu gender sahaja, ternyata ia meleset sekali sangkaannya kerana ia boleh ditatapi oleh semua. Buku ni banyak membuatkan aku berfikir yang mana aku langsung tak pernah terfikir sampai ke tahap tersebut. Ternyata buku ni memang sesuai untuk semua lelaki dan tak kurang juga wanita..mudah-mudahan pahala berganda diperoleh penulis (Pahrol Mohd Juoi) melalui tulisannya ini..aminn.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan