Isnin, 6 Jun 2011

al-Aqsa dalam bahaya!!

Ketika artikel pendek ini ditulis, pekerja-pekerja Israel sedang sibuk menggali dan memindahkan tulang-tulang dari satu tanah perkuburan lama di mana beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w disemadikan. Walaupun dibantah oleh umat Islam mereka tetap meneruskan pembangunan Museum of Tolerance yang berharga jutaan Dolar. Projek itu dibiayai oleh Simon Wiesenthal Center yang berpusat di Los Angeles. Apa yang lebih menghinakan ialah museum kononnya didedikasikan untuk memupuk persefahaman antara agama!

Jika ada sesiapa yang mengatakan bahawa Masjid al-Aqsa di Palestin berada dalam keadaan yang serba elok, orang tersebut pastinya seorang yang jahil ataupun seorang yang buta huruf! Manakan tidak, semenjak Zionis menguasai masjid tersebut dari tahun 1967 lagi, pelbagai bentuk ancaman dan bahaya dibuat terhadap masjid ketiga suci umat Islam serta qiblat pertama mereka itu. Samada dibakar, dicerobohi, digali dasarnya, dicemari, dihalang pengunjungnya, dikepung, dinajisi dan namakan apa saja pencabulan terhadapnya. Ia semuanya telah berlaku dan berterusan dilakukan terhadapnya oleh pihak rejim Zionis dengan bantuan pihak Zionis Kristian.

Sememmangnya Masjid al-Aqsa menjadi sasaran golongan ekstrimis Yahudi, golongan Zionis dan juga golongan Zionis Kristian yang rata-ratanya terdiri daripada golongan Evangelis. Mereka bercita-cita untuk merobohkannya dan digantikan dengan Haykal (kuil) suci bagi orang-orang Yahudi. Walaupun objektif mereka berbeza, namaun impian mereka sama. Jika orang Yahudi mengimpikan pembinaan kali ketiga kuil suci mereka yang dipanggil HaMikdash sebagai prasyarat untuk kedatangan Messiah, orang Kristian Evangelis pula menjadikan agenda pembinaan Haykal tersebut sebagai prasyarat kedatangan Jesus selepas milenium kedua. bagi mereka, Jesus hanya akan muncul di Baitul Maqdis apabila suasana di sana menjadi suasana sewaktu kemunculannya dahulu. Hakikatnya, kedua-dua golongan ini mengimpikan kehancuran Masjid al-Aqsa dan penggantiannya dengan sebuah binaan bernama Haykal ataupun HaMikdash.

Amat dikesalkan, bahaya yang menantikan al-Aqsa ini tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan sering pula digambarkan sebagai konflik perebutan tanah bagaikan telah mengkaburkan isu masjid ini. Lebih menyedihkan, OIC yang ditubuhkan selepas Masjid al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiri pun di bawah kepimpinan Kuala Lumpur tak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menanti al-Aqsa.

Kita umat Islam khususnya di Malaysia, sebilangan daripada kita hanya berdemonstrasi dan mengutuk sekeras-kerasnya bila isu ini menjadi isu tergempar di media-media seperti kapal bantuan Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel dan sebagainya. Apabila berita seperti itu senyap, maka semangat demonstrasi untuk emnentang kekejaman Israel hilang bersama dengan berita tersebut..

(diadaptasi daripada Maszlee Malik)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan